CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13286|Reply: 23

[Tempatan] Maqis serah 417 kotak ayam sejuk beku kepada Zoo Negara

[Copy link]
Post time 16-1-2025 07:46 AM | Show all posts |Read mode
Maqis serah 417 kotak ayam sejuk beku kepada Zoo Negara
AHMAD ISMADI ISMAILAHMAD ISMADI ISMAIL
15 Januari 2025 06:02pm
Masa membaca: 1 minit

Shamsul Akbar (kiri) menyerahkan kotak keratan ayam sejuk beku kepada pihak Zoo Negara, pada Selasa.

AMPANG - Sebanyak 417 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 5,004 kilogram yang dilucuthakkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah diserahkan kepada Zoo Negara, di sini, pada Selasa.

Ketua Pengarah Maqis, Shamsul Akbar Sulaiman memaklumkan penyerahan keratan ayam sejuk beku yang bernilai RM42,023 dijadikan sebagai makanan haiwan di Zoo Negara.

"Bahan mentah tersebut merupakan hasil sitaan pengimportan hasilan haiwan yang telah dilucuthakkan kerana tidak mematuhi aspek perundangan Seksyen 11(1) dan Seksyen 13 di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Kami berharap penyerahan ini dapat menampung kos bekalan bahan mentah untuk dijadikan makanan kepada haiwan-haiwan yang terdapat di zoo,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Maqis telah membuat serahan sebanyak 91,737.70 kilogram dengan nilai RM835,713.76 kepada pelbagai agensi serta pihak yang memerlukannya pada tahun lalu.

Shamsul Akbar berkata, tindakan itu merupakan salah satu daripada kaedah pelupusan hasilan haiwan yang disita dan telah dilucuthakkan.

"Maqis tidak akan berkompromi terhadap ketidakpatuhan terutamanya melibatkan isu biosekuriti," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 07:50 AM | Show all posts
kaedah pelupusan yg bagus, xde la zoo nak kutip derma nak tampung makanan haiwan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lucut hak kenapa? Kalau fit for human consumption kenapa tak lelong murah2 ja
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 08:16 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-1-2025 07:53 AM
Lucut hak kenapa? Kalau fit for human consumption kenapa tak lelong murah2 ja

dah rampas takkan nak jual pula. bg aku ni jalan terbaik. derma hasil rampasan kepada pihak yg betul2 memerlukan.
elok sangat bg kat zoo negara.

yg aku takleh blah konon2 minyak wangi, barang2 rampasan pihak tertentu boleh lak akak dia sedara dia acik dia jual kat luar murah2. serius la? tak ke haram tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2025 08:28 AM | Show all posts
Kalau dilelong kepada orang awam aku boleh agak pihak yg beli itu akan jual balik kepada pihak ketiga dan end up di restoran dan gerai makan. Ramai orang yg ambil kesempatan dan menipu skrg ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2025 08:28 AM | Show all posts
Kalau dilelong kepada orang awam aku boleh agak pihak yg beli itu akan jual balik kepada pihak ketiga dan end up di restoran dan gerai makan. Ramai orang yg ambil kesempatan dan menipu skrg ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2025 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 16-1-2025 08:16 AM
dah rampas takkan nak jual pula. bg aku ni jalan terbaik. derma hasil rampasan kepada pihak yg bet ...

Sama mcm kes mercun dulu². Sapa ada kawan kastam, polis tau la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 09:17 AM | Show all posts
lostnfaun replied at 16-1-2025 08:29 AM
Sama mcm kes mercun dulu². Sapa ada kawan kastam, polis tau la..

aku tak sebut agensi mana tapi itu la contohnya.
mcm mana brang rampasan boleh lepas kepada orang luar dah tu dijual pula? takde ketelusan dan etika kat situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 12:17 PM | Show all posts
tapi defrost dulu la kan
kang sakit gigi plak deme nk kokak ayam2 tu



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 16-1-2025 09:17 AM
aku tak sebut agensi mana tapi itu la contohnya.
mcm mana brang rampasan boleh lepas kepada orang  ...

Tau xpe...nnt time nak puasa adalah yg up kat group wasap senarai harga mercun n bunga api bagai.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 01:35 PM | Show all posts
duri_durians replied at 16-1-2025 08:16 AM
dah rampas takkan nak jual pula. bg aku ni jalan terbaik. derma hasil rampasan kepada pihak yg bet ...

Why not?

Kereta motor yang dirampas pun boleh dilelong. Dibolehkan sebab nilainya tinggi ka? Konsepnya sama ja.

Beside, ayam ni human food grade. Satu pembaziran bagi kat binatang.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 01:37 PM | Show all posts
ultra78 replied at 16-1-2025 08:28 AM
Kalau dilelong kepada orang awam aku boleh agak pihak yg beli itu akan jual balik kepada pihak ketig ...

Kalau dia beli ikut saluran yang betul dan kualiti makanan pun terjamin, nak jual kat KFC pun tak salah bagi aku.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully blh bagi zoo melaka jugak. Kesian kurus2 haiwan situ. Dlu zoo ngara ni ada harimau tapi kurus je. Tapi dia tak tunjuk kat org ramai. Dia letak kat tmpat pekerja tuu. Mngkin baru tangkap masa tu. Tapi kesian kurus sgt dgn sangkar yg kecik
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur dapt jugak binatang2 ni makan besor.
Tahinah pada raja formula lepas dpt gelaran, terus binatng2 di zoo dpt makan. Salah satu formula raja formula..


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 02:07 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 16-1-2025 07:50 AM
kaedah pelupusan yg bagus, xde la zoo nak kutip derma nak tampung makanan haiwan

instead of juai, rs bg cmni pn adil.
bkongsi rezeki la katakan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 02:12 PM | Show all posts
ini satu langkah yg baik...manusia di dunia ni hidup bukan nak makan diri sendiri aje...binatang pun kena kasi makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 02:14 PM | Show all posts
aryyan replied at 16-1-2025 02:07 PM
instead of juai, rs bg cmni pn adil.
bkongsi rezeki la katakan.

klu ikutkan, belum pernah benda rampasan dibenarkan dijual semula. SOP biasa kena lupuskan. tapi bab makan nie xkan nak jual nanti isu kebersihan dan halal pula. elok la bagi haiwan makan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-1-2025 01:35 PM
Why not?

Kereta motor yang dirampas pun boleh dilelong. Dibolehkan sebab nilainya tinggi ka? Kons ...

Xdeenya pembaziran bg kat binatang..dr ko buang benda tuh dlm tong sampah lagi membazir!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 02:28 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 16-1-2025 02:20 PM
Xdeenya pembaziran bg kat binatang..dr ko buang benda tuh dlm tong sampah lagi membazir!!!!

Kalau buang memang membazir but my earlier post suggest bagi manusia makan. Kalau nak derma ke zoo boleh bagi proceed from lelongan tu. Ofkos la kena usaha lebih sikit. Jual kereta boleh.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Burung gagak dan merpati berlebihan tu bole tak kasi mkn haiwan maging kt zoo? Over populated dh burung² ni, at least bole menampung kos zoo
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.338053 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list