CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9017|Reply: 0

[Tempatan] Lebih dua jam berdiri baca 89 pertuduhan kes pesara Komander TLDM

[Copy link]
Post time 15-1-2025 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Harian Metro
Izz Laily Hussein
[email protected]
Januari 15, 2025




Johor Bahru: Pesara Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 89 pertuduhan menipu membabitkan pelbagai kerja perolehan di Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail berjumlah lebih RM1.07 juta, dua tahun lalu.

Tertuduh, Haizad Ismail, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan itu selepas dibacakan dua jurubahasa mahkamah selama dua jam 30 minit di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.


Haizad dituduh menipu Kepten TLDM Shaiful Fadzli Ismail, 50, sebagai Pegawai Memerintah KD Sultan Ismail untuk mempercayai bahawa pelbagai kerja perolehan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera, KD Sultan Ismail selesai dilaksanakan.

Perbuatan itu didakwa mendorong Shaiful Fadzli memperakukan pembayaran keseluruhannya berjumlah RM1,070,100 kepada 10 syarikat.



Semua perbuatan itu didakwa dilakukan ketika tertuduh bertugas sebagai Ketua Bahagian Logistik dan Material, KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih di pejabat Kota Tinggi, pada 29 November 2023 dan 23 Oktober 2023.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Asraf Mohamed Tahir mencadangkan jaminan RM180,000 bagi semua pertuduhan, namun peguam Nur'ain Shahiera Khalid yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan jumlah lebih rendah.

"Isteri tertuduh seorang suri rumah akan menjadi penjamin kepada tertuduh dan tertuduh mempunyai lima anak berusia antara tujuh hingga 17 tahun dan semuanya masih bersekolah.


"Tertuduh baharu sahaja bersara pada 2 Januari lalu selepas berkhidmat selama lebih 24 tahun dan kini, satu-satunya sumber pendapatan tertuduh adalah pencen bulanan sebanyak RM4,000, namun perlu menanggung keluarga termasuk ibunya, selain bapa tiri yang menghidap asma," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM39,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 15 April depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053254 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list