CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21016|Reply: 0

Rumah agam harga setengah bilion musnah jadi abu

[Copy link]
Post time 14-1-2025 05:38 PM | Show all posts |Read mode

Rumah agam ikonik ini musnah dalam kebakaran Palisades. - Daily Mail


LOS ANGELES, CALIFORNIA – Sebuah banglo ikonik bernilai AS$125 juta (RM560 juta) yang dipaparkan dalam siri televisyen popular, Succession hangus akibat kebakaran besar di Los Angeles, lapor akhbar Metro UK semalam.

Hartanah dikenali sebagai estet San Onofre itu dibeli pada harga AS$83 juta (RM370 juta) dalam tahun 2021 oleh Ketua Eksekutif Luminar Technologies, Austin Russell. Kediaman mewah itu kemudian dipaparkan pada musim keempat dan terakhir Succession di saluran HBO.

Dalam drama itu, San Onofre digunakan sebagai penginapan mewah adik-beradik Roy yang dilakonkan oleh Jeremy Strong, Kieran Culkin dan Sarah Snook yang merancang strategi untuk menentang bapa mereka.

Terletak di estet San Onofre, Pergunungan Santa Monica, banglo itu dipercayai rumah paling mahal di Pacific Palisades.

Bagaimanapun, hartanah tersebut musnah dalam kebakaran Palisades yang turut memusnahkan kawasan kejiranan tepi pantai yang mewah.

Gambar rumah dilengkapi 18 bilik tidur dan enam bilik air itu menunjukkan serpihan logam dan abu bertaburan di atas tanah.

Walaupun lubang api di taman itu kekal, ia kini dilitupi jelaga, manakala air kolam mandi luar kediaman bertukar warna  hitam. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.042279 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list