CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10014|Reply: 0

[Johor] Agong berkenan melawat mangsa banjir di Kota Tinggi

[Copy link]
Post time 14-1-2025 08:41 AM | Show all posts |Read mode

FOTO Ihsan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kota Tinggi: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat mangsa banjir di daerah ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi di sini.

"Kedua-dua PPS tersebut menempatkan kira-kira 390 mangsa banjir daripada 106 keluarga," menurut hantaran itu.

Keberangkatan Sultan Ibrahim diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani, Ketua Polis Johor Datuk M Kumar dan Pegawai Daerah Kota Tinggi Miswan Yunus.

Setakat 11 pagi ini, Johor merekodkan seramai 3,776 mangsa banjir yang ditempatkan di 37 PPS, dengan daerah Kota Tinggi mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,322 orang, diikuti Johor Bahru (780 orang), Kulai (546 orang), Pontian (595 orang) dan Kluang (533 orang).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.514600 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list