CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9374|Reply: 15

[Tempatan] Sumbat kucing dalam guni, persatuan penduduk nafi aniaya

[Copy link]
Post time 13-1-2025 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-1-2025 04:35 PM



Sumbat kucing dalam guni, persatuan penduduk nafi aniaya
FMT Reporters
-12 Jan 2025, 05:05 PM

Polis Kajang berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang siasat insiden itu bawah Akta Kebajikan Haiwan.



Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata polis turut menerima laporan ahli jawatankuasa persatuan penduduk pangsapuri yang nafi berlaku penganiayaan dan penderaan ke atas kucing. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Polis menerima dua laporan dakwaan penganiayaan beberapa kucing disumbat dalam guni dan dibuang di sebuah pangsapuri Batu 9 Cheras, Kajang, semalam.


Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata dua laporan itu diterima semalam dan hari ini, masing-masing berkait video rakaman pendek perlakuan sekumpulan lelaki terhadap haiwan berkenaan.

Lapuran mendakwa mengesan satu rakaman video yang tular mengenai sekumpulan lelaki menangkap beberapa kucing dan dimasukkan ke dalam guni sebelum dibawa menaiki kenderaan disyaki untuk dibuang ke lokasi tidak diketahui.

Polis juga menerima satu lagi laporan daripada ahli jawatankuasa persatuan penduduk pangsapuri berkenaan yang dirakam dalam video berkenaan. Mereka menafikan menganiaya dan mendera haiwan peliharaan terbabit,” katanya menurut Berita Harian.

Naazron berkata, semakan lanjut bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan pihak terbabit turut menerima aduan sama, dengan pihak JPV mengambil tindakan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Beliau menasihati masyarakat tidak melanggar peruntukan undang-undang termasuk penganiayaan terhadap haiwan.

Terdahulu, tular video 38 saat memaparkan beberapa lelaki memasukkan kucing ke dalam guni dan diikat sebelum dikatakan dimasukkan dalam kereta.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2025 08:39 AM | Show all posts
video dh ada, nafi lagi???
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 08:54 AM | Show all posts
patut hantar ke PBT utk diambil tindakan bukan buang kat tempat lain,
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 10:51 AM | Show all posts
Nafi selagi boleh nafi. Maybe dlm video tu hantu raya dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu aku pun taruk kucing tu dlm guni, dah tu xkan nak letak atas riba syg2 dimanja, dah tu biar beranak je kucing2 tu xreti jaga, hantat je la kat hutan ke tinggal kat pasar ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 12:30 PM | Show all posts
Inilah jadinya apabila dah bela kucing tapi takde usaha nak mandulkan. Dah ternak beranak pinak sampai tak mampu nak bela, amik jalan mudah pergi buang. Tak pun jiran2 yang buang sebab isu kebersihan. Kesian kucing dapat tuan tiada otak macam ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2025 04:32 PM | Show all posts
Idea bodoh + tidak senonoh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangkar ada jual la. Secondhand punya murah je. Sial betul penduduk flat ni. Macam mana kucing2 tu bernafas dalam guni sempit tu. Itu tak campur kucing panik yang terberak dan kencing dalam guni tu. Habis kucing tu bergelumang tahi dan dilepaskan macam tu je. Itu pun kalau diorang ni tak campak dalam sungai. Mungkin juga puak2 ni campak dalam tong sampah roro tanpa buka ikatan guni tu. Bila mintak bukti video kucing2 tu masih hidup, takde pun warga flat ni bagi.
Jahat sungguh manusia2 ni. Macam dunia ni kau sorang yang punya. Jadi khalifah konon. Elok la mampos semua kena wabak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2025 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 13-1-2025 04:41 PM
Sangkar ada jual la. Secondhand punya murah je. Sial betul penduduk flat ni. Macam mana kucing2 tu b ...

Yep.. satu lg sikap org mesia bila nak adopt.. nak yg kucing mahal.. kucing kg wpun sihat gundu tak mo..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudia..isu kucing berak merata xde kesudahan....yg suka x nak amik bela..yg ari2 'kena berak ngn kucing'...buat camni..ada orng marah la..pula...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 10:20 PM | Show all posts
pernah jugak buang kucing pakai plastik beras
tp tebuk la lubang pastu bila sampai tmpt nak buang tu lepas la bkn terus campak

cuma yg dlm video ni tak tahu la
tak larat nak hadap jenis kucing suka berak merata2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 11:34 PM | Show all posts
Kalau letak sekali 2-3 ekor dalam satu karung silap2 kucing2 tu boleh saling berbunuhan dalam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada jiran iols geram kucing asik berak depan rumah dia..
Pastu dia tangkap ..anak2 nya masuk dalam guni lah..
Letak kat pasar borong..
Esoknya owner cari kucing dia .
Semua diam.je..
Sevab semua geram kucing2 tu suka berak n kencing depan rumah jiran2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 08:21 AM | Show all posts
taik kucing bersepah, bau busuk, nanti kering, terbang masuk hidung
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 12:32 PM | Show all posts
kat area rumah aku pun buat mcm ni....
bila kucing berak dpn rumah...kencing kasut/slipar...
tya dlm grop sapa punya kucing...semua diam...
ujung2 masuk guni...buang jauh2....
lepas tu muncul la tuan2 kucing ni memekak kat dlm grop tanya..ada nampak tak kucing2 ni...siap post gambo lagi....

puiiiii.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 03:35 PM | Show all posts
aku sokong je buang kucing2 tu...mcm taman aku kucing hamjadah ni berak kencing abis dalam almari kasut,raga moto,atas bonet kereta pun ada,tak kira lagi kat halaman di pasu bunga ,pokok kunyit pandan semua tu...bila aku jerkah,ada la pulak yang keluar ayat tonggang agama binatang kesayangan nabi lah apa lah...bila kata nabi pun tak suruh sakitkan hati jiran tau pulak diam nakharam2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.045480 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list