CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21303|Reply: 0

[Johor] Mangsa banjir Johor melonjak melepasi 3,000 penduduk

[Copy link]
Post time 12-1-2025 10:06 AM | Show all posts |Read mode

Polis Kota Tinggi memantau proses pemindahan mangsa banjir di Taman Aman untuk dipindahkan ke PPS susulan banjir mula melanda selepas hujan lebat lebih 12 jam. - Foto ihsan Polis.

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,449 penduduk daripada 1,023 keluarga yang ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terjejas, setakat jam 8 pagi ini.

Ia berbanding sejumlah 2,524 penduduk daripada 722 keluarga yang ditempatkan di 33 PPS di lima daerah terjejas, jam 6 petang semalam.



Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata walaupun hujan lebat lebih 24 jam kelmarin sudah mulai reda malam tadi, namun ramalan hujan lebat dijangka melanda enam daerah, pagi ini.

Beliau berkata, enam daerah dijangka hujan hari ini membabitkan Kota Tinggi, Kulai, Batu Pahat, Segamat, Pontian dan Mersing dengan cuaca mendung di Johor Bahru, Muar, Kluang dan Tangkak.

Kota Tinggi kekal daerah paling terjejas dengan mangsa banjir meningkat kepada 1,160 penduduk daripada 368 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS.

"Kulai mengikut rapat apabila mangsa banjirnya bertambah kepada 748 penduduk daripada 167 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, pagi ini.

"Lonjakan mangsa banjir paling signifikan direkodkan Johor Bahru apabila ia bertambah hampir lima kali ganda kepada 605 penduduk daripada 206 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

"Mangsa banjir di Kluang turut melonjak kepada 506 penduduk daripada 148 keluarga di lima PPS pagi ini.

"Di Pontian, jumlah mangsa banjir turut melonjak dua kali ganda kepada 430 penduduk daripada 114 keluarga di lapan PPS, pagi ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Azmi yang juga Setiausaha Negeri Johor memaklumkan tiga sungai masih merekodkan paras bahaya di negeri ini.

Katanya, ia membabitkan Sungai Lenik, Batu Pahat; Sungai Kahang, Kluang dan Sungai Sayong di Kampung Siam , Kulai.

"Empat sungai turut berada pada paras amaran membabitkan Sungai Skudai, Kampung Pasir, Johor Bahru; Sungai Punggai dan Sungai Sedili Kecil di Kota Tinggi selain Sungai Jemaluang, Mersing.

"Manakala lima lagi sungai berada pada paras waspada membabitkan Sungai Pontian Besar, Kulai; Sungai Skudai di Kampung Laut dan Sungai Tiram di Johor Bahru; Sungai Johor, Kota Tinggi selain Sungai Tenglu Kecil, Mersing," katanya.

Januari 12, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.303585 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list