CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30865|Reply: 0

[Perlis] Dua wanita warga Kemboja dalangi sindiket pemerdagangan manusia ditahan

[Copy link]
Post time 10-1-2025 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Dua wanita warga Kemboja dalangi sindiket pemerdagangan manusia ditahan

Aizat Sharif[email protected]



MOHD Shokri menunjukkan gambar suspek pada sidang media di IPD Padang Besar. FOTO Luqman Hakim Zubir





Padang Besar: Polis berjaya mematahkan cubaan sindiket menyeludup lima lelaki warga Kemboja ke Thailand selepas menahan dua wanita yang dipercayai dalang utama serta bertindak sebagai tekong darat dalam sindiket pemerdagangan manusia di sempadan negara.

Kejadian itu berlaku Isnin lalu apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa migran itu dikesan berlegar di kawasan Gapura Square, Padang Besar, sebelum ditahan polis pada 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kedua-dua wanita warga Kemboja itu ditahan dalam operasi berasingan di Perlis dan Kedah, sekali gus mendedahkan rangkaian sindiket yang dipercayai aktif sejak dua tahun lalu.

"Dalam kejadian Isnin lalu, polis menahan wanita warga Kemboja berusia 43 tahun yang memandu MPV dan ada lima lelaki warga asing berusia 18 hingga 44 tahun dalam kenderaan itu, mereka dipercayai dalam perjalanan menuju ke Thailand.



"Susulan tangkapan berkenaan, polis berjaya menahan wanita warga Kemboja berusia 34 tahun di Kedah yang dipercayai menjadi dalang utama dalam menguruskan penyeludupan keluar dan masuk migran di negara ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar di sini, hari ini.

Beliau berkata, sindiket berkenaan dibayar RM400 bagi satu perjalanan dan RM900 bagi setiap warga asing yang dibawa masuk dan keluar dari negara ini.

"Kedua-dua wanita warga asing itu direman selama 28 hari bermula 7 Januari mengikut Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Lima migran yang ditahan pula direman 14 hari, juga bermula 7 Januari lalu, mengikut Akta Imigresen," katanya.



Disiarkan pada: Januari 10, 2025 @ 6:16pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1175020/dua-wanita-warga-kemboja-dalangi-sindiket-pemerdagangan-manusia-ditahan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 4.199995 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list