CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11413|Reply: 0

Warga emas maut diserang anjing sendiri

[Copy link]
Post time 10-1-2025 10:12 AM | Show all posts |Read mode

Anjing baka campuran Thai-Pitbull yang dipanggil ‘Black’ disyaki menyerang pemiliknya sehingga maut. - Foto AGENSI

KAENG KHOI: Seorang lelaki warga emas berusia 84 tahun maut selepas disyaki diserang oleh anjing peliharaannya di rumahnya di Kaeng Khoi, Thailand.

Mangsa, dikenali sebagai Khanthi, ditemui oleh sepasukan anggota penyelamat dengan kesan gigitan pada lengan dan badan berhampiran tandas di rumahnya.

Malah, bahagian pergelangan tangan kanan mangsa didapati hilang dan pihak berkuasa mengesyaki ia mungkin dimakan oleh anjing itu.

Dalam kejadian Rabu lalu, mayat mangsa didapati berlumuran darah akibat kecederaan parah.

Siasatan awal mendapati, mangsa sudah meninggal dunia lebih daripada sehari sebelum ditemui.

Terdapat seekor anjing peliharaan berwarna hitam baka campuran Thai-Pitbull dilihat menyalak secara agresif berhampiran mayat mangsa dengan badannya dirantai pada batang buluh.

Sementara itu, anak lelaki mangsa menjelaskan anjing yang dipanggil sebagai Black itu dibesarkan oleh ayahnya sejak kecil dan mereka mempunyai hubungan yang rapat.

"Sukar untuk percaya kejadian ini boleh berlaku kerana Black adalah seekor anjing yang sangat riang dan disayangi," katanya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa percaya bahawa anjing itu mungkin mengalami tekanan akibat dirantai dalam tempoh yang lama, yang mungkin mendorongnya untuk bertindak di luar kawalan.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian sebenar.

10 Januari 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.106520 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list