CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10493|Reply: 9

Jay Iswazir tuntut permohonan maaf daripada bekas isteri kerana mahu bersihkan nama - "Buat masa ini saya nampak ada sinar untuk kami"

[Copy link]
Post time 8-1-2025 06:59 PM | Show all posts |Read mode





PELAKON Jay Iswazir memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Azzahra Ahmad dalam proses mencari jalan penyelesaian untuk berdamai secara baik.


Mahu membersihkan nama selepas didakwa melakukan keganasan rumah tangga, Jay atau Ahmad Iswazir Ismail, 43, berkata, ada sinar positif selepas kedua-dua wakil peguam telah bertemu bagi mencari kata sepakat.


"Apa yang saya boleh kata sekarang kami dalam proses berbincang untuk mencari jalan pendamaian.


"Saya cuma mahu membersihkan apa yang sudah dikeruhkan, selebihnya saya memilih untuk tidak komen kerana boleh berlaku salah faham.


"Buat masa ini saya nampak ada sinar untuk kami selesaikan apa yang berlaku dengan cara baik," katanya kepada mStar.







Jay berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media filem Dajal di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.


Meskipun kesal dengan apa yang berlaku, Jay tetap dengan pendirian mahukan permohonan maaf secara terbuka daripada Azzahra.


Namun, aktor itu tidak mahu memaksa kerana ketenangan diri menjadi keutamaan buat dirinya.


"Ya saya nakkan permohonan maaf secara terbuka sebab benda ni terjadi kerana salah faham.


"Tetapi saya tidak ada paksaan, cukup sekadar perkara ini selesai cara baik dan saya dapat teruskan hidup dengan tenang," ujarnya.


Selama ini saya berdiam diri kerana perkara ini sangat sensitif. - JAY ISWAZIR, PELAKON


Dalam pada itu, Jay menjelaskan sebelum ini dia memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kerana perkara tersebut terlalu sensitif untuk dibahaskan di secara umum.


Tambah Jay, tindakan dia berdiam diri membuatkan dia lebih menjadi lebih reda dengan segala apa yang berlaku.


"Selama ini saya berdiam diri kerana perkara ini sangat sensitif dan mahu dapatkan ketenangan untuk berfikir bila masalah ini berlaku.


"Bila saya berdiam dan bertenang saya dapat rasa ketenangan menerima perkara itu dengan reda," jelasnya.




Menerusi beberapa hantaran di media sosial sebelum ini, Azzahra mendakwa Jay melakukan keganasan terhadapnya ketika mereka masih bergelar suami isteri.


Selepas menerima notis tuntutan daripada Jay, Azzahra memohon untuk menangguhkan permohonan maaf.


Jay memberi masa tambahan selama 10 hari bermula 24 Disember tahun lepas.


Untuk rekod, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu.


Dalam perkembangan lain, Jay terlibat sebagai pelakon dalam filem Dajal yang bakal ditayangkan pada 6 Februari depan.


Selain Jay, filem arahan pengarah Pierre Andre itu dibarisi pelakon lain seperti Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan dan Hanna Halim.


Sumber- mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 07:27 PM | Show all posts
sebab tu bila gaduh hal rumahtangga jangan la laju ikut perasaan share kat socmed..bila rasa nak berbaik dah aib satu malaysia tahu..pesanan untuk diri sendiri dan semua
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cth ex bini xguna..confirm xde org nk kawen dgn ko lps ni sbb spesis buka aib

btw xknl pun laki ni sape..haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 huduh. Tak minat.
Pegi sental clorox dulu muka masing2
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm tak tau nak ckp pa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ludah jilat balik..kesian...elok pupus kedua2 nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2025 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia ni pun pelakon jugak, tertengok dlm cite Buang segala tentang dia rtm, laki nye pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Chucky n wife ni pun dua2 kuat berlakon. Carik job ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 12:51 PM | Show all posts
Bincang elok-elok.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka2 awam mana pulak 2 ketul ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.278323 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list