CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26855|Reply: 0

39 pelancong China disahkan positif dadah susulan serbuan kelab malam Pattaya

[Copy link]
Post time 6-1-2025 08:46 PM | Show all posts |Read mode

Apabila pegawai penguat kuasa memasuki kelab malam itu, mereka mendapati kira-kira 300 pelancong Thailand dan asing masih minum dan menari. - Foto AGENSI

PATTAYA: Polis dan pegawai Kementerian Dalam Negeri melakukan serbuan serentak ke atas sebuah kelab malam di Walking Street Pattaya pada awal pagi semalam dan mendapati 39 pelancong China positif dadah.

Kelab Panda diserbu kira-kira jam 3.36 pagi waktu tempatan oleh lebih 100 anggota polis dan pegawai dari Jabatan Pentadbiran Wilayah di daerah Bang Lamung.

Timbalan Gabenor Chonburi Chaiyaporn Paepiromrat mengarahkan serbuan itu bagi membuat pemeriksaan terhadap kemungkinan aktiviti haram susulan laporan seorang pelancong China cedera parah di kelab malam itu pada 27 Disember lalu.

Apabila pasukan penguatkuasa undang-undang memasuki kelab malam, mereka mendapati kira-kira 300 pelancong tempatan dan asing sedang minum dan menari.

Kebanyakan pelancong adalah warga China.

Pengunjung kelab malam itu dipisahkan kepada dua kumpulan lelaki dan wanita apabila pegawai memeriksa kad pengenalan mereka dan menjalani ujian air kencing.

Hasil ujian, seramai 19 lelaki dan 20 wanita warga China didapati positif penyalahgunaan dadah, namun dadah tidak ditemui di dalam premis.

Kesemua 39 pelancong itu kemudian dibawa ke Balai Polis Pattaya untuk tindakan undang-undang dan selebihnya dibebaskan.

Tiada dakwaan dikenakan terhadap pengurusan kelab malam itu. - AGENSI

Januari 6, 2025  sumber




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.042159 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list