Gambar hiasan.
JAKARTA: Gara-gara tidak berpuas hati keinginannya untuk membeli motosikal baharu tidak dipenuhi, seorang pemuda di Indonesia ditahan polis selepas didakwa membunuh ibunya.
Memetik laporan detik.com, suspek yang berusia 23 tahun itu bertindak agresif dengan memukul kepala ibunya, 47, berkali-kali menggunakan sebilah kapak.
Lebih kejam apabila suspek tergamak mengheret jenazah ibunya ke sebuah rumah kosong di belakang rumah hanya kerana tidak mahu perbuatan kejamnya itu terbongkar.
Pada keesokan harinya, suspek pergi semula ke rumah tersebut dan berpura-pura kononnya dia terjumpa mayat ibunya di situ. Suspek kemudian tampil membuat laporan polis namun siapa sangka, selepas soal siasat dijalankan akhirnya terbongkar bahawa suspek adalah dalang di sebalik kematian ibunya.
Susulan itu, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan dan jika sabit kesalahan, suspek bakal dipenjara selama 15 tahun.
Menurut pihak polis, selain berang tidak dibelikan motosikal, suspek juga tidak berpuas hati kerana ibu kandungnya itu tidak mahu menikahkannya. AGENSI
|