CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26840|Reply: 0

New York perkenal caj kesesakan

[Copy link]
Post time 6-1-2025 08:40 PM | Show all posts |Read mode

KENDERAAN melepasi papan tanda caj kesesakan di Park Avenue pada hari pertama program penetapan harga kesesakan yang dirancang di New York. FOTO Reuters

New York: New York pada Ahad memperkenalkan tol untuk kenderaan yang memasuki kawasan kejiranan Manhattan, menjadikannya metropolis pertama di Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan bayaran kepada pemandu di pusat bandar, lapor agensi berita Jerman dpa.

"Zon Tol Pelepasan Kesesakan kini berkuat kuasa," menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) menerusi hantaran di X.

Bayaran tol adalah sebanyak US$9, dengan beberapa pengecualian diberikan kepada pemandu berpendapatan rendah.

Zon kesesakan itu meliputi kawasan selatan Manhattan sehingga ke 60th Street.

Langkah ini bertujuan mengurangkan kesesakan trafik dan pencemaran di New York, manakala hasil kutipan akan disalurkan kepada pengangkutan awam dan projek infrastruktur.

Caj kesesakan itu pada asalnya dirancang untuk diperkenalkan pada pertengahan tahun lepas dengan kadar US$15, namun ia ditangguhkan oleh Gabenor New York Kathy Hochul susulan bantahan dan tuntutan mahkamah daripada ahli politik, pemandu teksi dan penduduk.

Negeri jiran, New Jersey, turut menyuarakan kebimbangan manakala Presiden AS yang dipilih, Donald Trump turut mengkritik rancangan itu.


Disiarkan pada: Januari 6, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.325780 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list