CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4318|Reply: 17

[Tempatan] Najib dapat kebenaran mulakan semakan kehakiman cabar Titah Adendum

[Copy link]
Post time 6-1-2025 04:02 PM | Show all posts |Read mode



PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Keputusan itu dibuat majoriti 2 -1 dengan Hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril membenarkan rayuan Najib selaku pemohon manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel menentangnya.

Ketika membaca keputusan terbabit, Mohd. Firuz berkata, mahkamah memerintahkan supaya kes terbabit diremitkan atau dikembalikan ke Mahkamah Tinggi supaya merit semakan kehakiman ini diputuskan.

Justeru mahkamah menetapkan 13 Januari bagi pengurusan kes seterusnya.

Pendengaran itu ditangguhkan ke 6 Januari selepas peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada panel tiga hakim bahawa beliau telah memfailkan permohonan pada 3 Disember lepas untuk mengemukakan keterangan tambahan.

Berdasarkan rayuan itu, Najib, 71, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai tahun lalu yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong tuntutannya termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak boleh diterima kerana ia khabar angin semata-mata.

Najib mendakwa Titah Adendum itu akan membolehkannya menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Pada 1 April lalu, Najib memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada menerusi Tetuan Shafee & Co.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah supaya kesemua responden atau seorang daripada mereka diarah untuk menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.

Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, maka kesemua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Bekas Perdana Menteri berkenaan memohon perintah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda serta titah adendum, selain memohon kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta


Sumber : – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alesandra at 6-1-2025 04:21 PM

Owhh patut laaa ydpa baru keluar statement apa2 hal kena buat permohonan baru.jadi ko punya claimed totap la x laku.sbb kuasa sebenar bukan mahkamah tapi ydpa
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 04:28 PM | Show all posts
I kurang faham. keputusan mahkamah rayuan seperti bermaksud ' titah itu seperti ada, sbb tiada pihak yg berkaitan menafikan'. peguam najib pun ada sertakan surat 'salinan' yg tidak ditandatangani bahawa sememangnya wujud. so, skrg ini siapa yg sorok?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 04:35 PM | Show all posts
takleh ke tanya je ydpa lama. betul ke ada? kalau takde ya udah.  benda ni macam simple je tapi tak paham kenapa kena turun berdemo bagai. kalau betul ada benda tu tak valid dah ke now?

aah pening aku.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 05:02 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 6-1-2025 04:28 PM
I kurang faham. keputusan mahkamah rayuan seperti bermaksud ' titah itu seperti ada, sbb tiada pihak ...

Tengok pada Najib punya konfiden memang macam ada tapi kalau dah kena sorok ketat2 memang tak dapat la. Tu yang kena pakai mahkamah nak minta nak tengok. Itu pun kalau belum dimakan kambing lah.



Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 05:05 PM | Show all posts
cikdot replied at 6-1-2025 04:35 PM
takleh ke tanya je ydpa lama. betul ke ada? kalau takde ya udah.  benda ni macam simple je tapi tak  ...

Nak panggil YDPA naik kandang saksi ka? past is past katanya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2025 05:07 PM | Show all posts
alesandra replied at 6-1-2025 04:20 PM
Owhh patut laaa ydpa baru keluar statement apa2 hal kena buat permohonan baru.jadi ko punya claimed  ...

adendum tu dikeluarkan ketika sultan pahang masih lagi YDPA
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 05:11 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 6-1-2025 04:28 PM
I kurang faham. keputusan mahkamah rayuan seperti bermaksud ' titah itu seperti ada, sbb tiada pihak ...

setiap saat najib dalam penjara = kezaliman yang dibuat oleh penderhaka yang sengaja sembunyikan titah adendum tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 10:28 AM | Show all posts
kemaruk replied at 6-1-2025 05:11 PM
setiap saat najib dalam penjara = kezaliman yang dibuat oleh penderhaka yang sengaja sembunyikan t ...

siapa sorok dah andaian anda? menteri wilayah? pejabat peguam?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-1-2025 05:02 PM
Tengok pada Najib punya konfiden memang macam ada tapi kalau dah kena sorok ketat2 memang tak dapa ...

Dan setiap saat najib dalam penjara, hidup rakyat msia setiap saat srmakin keras.

#hidupinikeras

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 01:44 PM | Show all posts
cikdot replied at 6-1-2025 04:35 PM
takleh ke tanya je ydpa lama. betul ke ada? kalau takde ya udah.  benda ni macam simple je tapi tak  ...

citer nya gini....ydpa lama baru2 ni  hantar surat kat lawyer si jibun mengesahkan  addendum tu wujud.celah mana wujudnya tak ketahuan lagi.itulah yg  si jibun neh menang bawak kes ni kat mahkamah tinggi utk semakan.yg bawak pegi court neh sbb  si jibun kata ada tapi dlm surat pengampunan diskaun 6 tahun  xde pun mention tahanan rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 02:29 PM | Show all posts
alesandra replied at 7-1-2025 01:44 PM
citer nya gini....ydpa lama baru2 ni  hantar surat kat lawyer si jibun mengesahkan  addendum tu wu ...

addendum tu wujud tapi detailsnya tak ketahuan, begitukah? kenapa perlu berteka teki begini..takde ke copy dokumen yg valid siap cop mohor yg boleh dimajukan semula. sekian pertanyaan, saya duduk dulu sementara tunggu jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
cara walanon tulis mcm marahkan sesuatu je

anwar okay je terima permohonan maaf najib

di bawah ni cite dulu.. zahid cakap mcm ni

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang untuk melaksanakan penahanan banduan di rumah atau home detention.

Sehubungan itu, katanya, cadangan untuk membenarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang ditahan di penjara Sungai Buloh menjadi tahanan di rumah kediamannya di Segambut tidak dapat dilaksanakan.

Undang-undang tak benarkan tahanan rumah buat Anwar - malaysiakini, 2016

sekarang ni pula, tiba2 je kedengaran yg kerajaan madani pimpinan anwar ibrahim bakal gubal akta baharu hukuman tahanan di ruma, semasa ucapan belanjawan 2025

Kerajaan bakal gubal akta baharu hukuman tahanan di rumah - berita harian, 19 oktober 2024
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan itu menyebut Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif mengikut peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya selain boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan terbabit.

Ditanya sama ada kenyataan Istana Negara itu berkaitan dengan himpunan "Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan" di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin depan, Anwar berkata, "Kena baca (kenyataan Istana Negara)".

https://www.sinarharian.com.my/article/705212/berita/nasional/baca-terima-titah-agong-berhubung-pengampunan-banduan---pm

anwar tak jawab secara terus.. anwar cuma cakap "kena baca"... tu je

bila anwar cakap "kena baca".. anwar mcm beri penekanan pada kuasa ydpa dlm memberi pengampunan... so apakah yg berlaku seterusnya?.. yg berlaku seterusnya adalah zahid mohon pengampunan penuh buat najib

Zahid mohon Agong beri pengampunan penuh kepada ‘Bossku’

PETALING JAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi memohon ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan penuh kepada Najib Razak bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

---

sekadar mencadangkan spekulasi alternatif... tiba2 nanti ydpa yg sekarang ni beri pengampunan penuh pada najib

serba salah pula pn nanti.. nak bangkang ke tak

kalau la betul jadi camni so betul la kata mahathir dulu masa tempoh kempen pru15 yg anwar dan zahid ada berpakat utk bebaskan najib

Mahathir dakwa Anwar-Zahid ada pakatan sulit bebaskan kes mahkamah

"Seperti yang diketahui, Anwar Ibrahim ingin jadi Perdana Menteri… dan kita dapat maklumat bahawa Anwar sudah berbincang dengan Zahid Hamidi, pemimpin Barisan Nasional supaya mereka bekerjasama antara mereka, maka Anwar akan jadi perdana menteri," dakwa Mahathir dalam satu majlis di Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau turut mendakwa bahawa Anwar akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong supaya memberikan pengampunan kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak, yang kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan rasuah, sekiranya ketua pembangkang itu berjaya menjadi perdana menteri dengan bantuan UMNO.

---

tapi perenggan atas ni mungkin spekulasi mahathir kena sipi2 kot

pengampunan berlaku pada zaman anwar jadi pm, tapi zahid yg mohon pengampunan penuh.. anwar bagi penekanan "sila baca" pada kenyataan istana berkaitan kuasa pengampunan ydpa dan kemudian zahid mohon pengampunan penuh buat najib

kalau la najib dpt pengampunan penuh... perghhh episod baru yg hangat dlm drama politik malaysia

ni sekadar spekulasi alternatif... diulangi, sekadar spekulasi alternatif je tau... mampoihh aku kena cekup plak nanti ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
cikdot replied at 7-1-2025 02:29 PM
addendum tu wujud tapi detailsnya tak ketahuan, begitukah? kenapa perlu berteka teki begini..takde ...

Ye betul.takde teka teki sebenarnya.dlm surat dapat diskaun 6tahun  tu menteri dgn pihak penjara pun  dah mengesahkan xde addendum tahanan rumah.najib tuduh kerajaan sembunyikan addendum.persoalan nya..mana boleh sembunyikan isi dokumen yg begitu penting?itulah yg akan dibuktikan semakan dlm mahkamah tinggi nanti.satu lagi addendum perlu direkodkan,bertulis.bukan secara lisan.penah baca sblm ni anak najib claiming  yg tahanan rumah ni secara verbally  ydpa dulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
masa mula2 lembaga pengampunan bermesyuarat dulu, najib dapat diskaun hukuman - pengurangan tempoh hukuman penjara dan pengurangan denda kewangan

lepas tu badan peguam adalah antara pihak yg tak puas hati dgn keputusan pengampunan dan pengurangan denda tersebut maka mereka cuba buat semakan kehakiman mencabar keputusan lembaga pengampunan.. tapi permohonan badan peguam tu telah ditolak oleh mahkamah

---

KUALA LUMPUR – Badan Peguam gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, untuk memulakan prosiding semakan kehakiman mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Ia selepas Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mendapati permohonan Badan Peguam, tidak boleh diputuskan oleh mahkamah atau melalui prinsip undang-undang.

Ketika membaca keputusannya, beliau berkata, nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan merupakan sebahagian daripada proses yang membawa kepada pemberian pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, budi bicara pengampunan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan ialah pelaksanaan budi bicara mutlak Agong dan bukannya Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan atau kuasa yang diwakilkan kepadanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/695921/berita/semasa/badan-peguam-gagal-cabar-pengurangan-jel-dan-denda-najib

---

so anwar cakap "kena baca" berkenaan kenyataan pihak istana tempoh hari berkenaan kuasa pengampunan ydpa... anwar seolah2 bagi isyarat suruh org ramai hadam dan fahamkan betul2 pasal kuasa pengampunan mutlak ydpa... dan kemudian zahid pun mohon pengampunan penuh utk najib

terbukti utk kes mahkamah sebelum ni yg mana badan peguam gagal utk cabar keputusan lembaga pengampunan mengurangkan hukuman pada najib... permohonan badan peguam telah gagal ditolak oleh mahkamah

ini bermakna kalau la nanti najib dapat pengampunan penuh atas permohonan zahid, takde mana2 pihak yg boleh pertikai keputusan pengampunan terhadap najib oleh lembaga pengampunan

---

ni spekulasi alternatif je tau... ingat tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Titah Adendum Disorok? Siapa Yang Bertanggungjawab #SkopMG

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 09:38 AM | Show all posts
copy dlm fail tak de ke?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.068130 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list