CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5045|Reply: 0

Hargai 'teman setia'

[Copy link]
Post time 6-1-2025 03:00 PM | Show all posts |Read mode

MEMBELA haiwan tidak hanya sedia tempat tinggal, makanan, malah kebajikan. - FOTO Pexels

Haiwan peliharaan biasanya dianggap teman 'paling memahami' selain mampu membantu meningkatkan kesihatan mental individu.

Tidak hanya memelihara semata-mata kerana anda sebagai pemilik terikat dengan tanggungjawab besar terhadap haiwan berkenaan.

Hakikatnya membela haiwan tidak hanya dengan menyediakan tempat tinggal dan memberi makan.

Memilikinya bermakna anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kebajikan haiwan berkenaan termasuk makan, kesihatan dan kebersihan selain perhatian.

Memetik info daripada laman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN), dapatkan maklumat lengkap daripada bahan bacaan sama ada dari internet, buku atau kedai haiwan keperluan khusus untuk haiwan yang dimiliki.

Malah anda juga digalakkan untuk mana-mana kumpulan haiwan peliharaan bagi mendapatkan maklumat lanjut selain berkongsi pengetahuan.

Pada masa sama, haiwan peliharaan memerlukan pemeriksaan kesihatan berkala iaitu tiga bulan sekali selain perlu diberikan vaksin (imunisasi) serta ubat cacing.

Anda juga digalakkan membawa haiwan peliharaan berjumpa doktor sekerap mungkin dan bukan hanya ketika sakit.

Dari segi pemakanan pula, pastikan memilih dan membeli makanan haiwan peliharaan yang berkualiti dari segi kandungan vitamin serta mineral. Elakkan haiwan peliharaan daripada memakan makanan berbahaya.

Tidak ketinggalan, persekitaran bersih dan kondusif perlu menjadi keutamaan.

Haiwan peliharaan perlu dimandikan bagi tujuan kebersihan. Bulu kucing umpamanya, perlu disikat atau diberus.

Anda perlu menyediakan bekas pembuangan najis haiwan yang bersesuaian selain menukar pasir pembuangan najis itu apa bertukar warna selain perlu bersih setiap masa.

SAIZ ikan tidak membezakan tahap kebajikannya. - FOTO Pexels
ARNAB sentiasa sihat dan bersih jika anda prihatin dengan kebajikannya. - FOTO Pexels
RUANG bermain juga penting untuk setiap haiwan peliharaan. - FOTO Pexels
Makanan bahaya kepada haiwan peliharaan

Bawang merah
Bawang putih
Coklat
Minuman berkafein
Anggur
Kismis
Kuih yang mengandungi yis
Tomato yang belum masak
Avakado
Garam dan makanan bergaram
Tumbuhan berbahaya kepada haiwan peliharaan

Bunga lili
Bunga tulip
Begonia
Kuping gajah
Lidah buaya
Sirih gading
Bunga chrysanthemum

sumber













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.144940 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list