CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33765|Reply: 0

Ikan tuna sebesar motosikal dibida hampir RM6 juta di Tokyo

[Copy link]
Post time 5-1-2025 08:59 PM | Show all posts |Read mode

Tuna sirip biru seberat 276kg dibida pada harga 207 juta yen (AS$1.3 juta). - Foto REUTERS

TOKYO: Pembida tertinggi di sebuah pasar ikan di Tokyo, berkata mereka membayar AS$1.3 juta (RM5.85 juta) untuk seekor ikan tuna hari ini, harga kedua tertinggi pernah dibayar pada lelongan tahunan berprestij sempena tahun baharu.

Restoran sushi berbintang Michelin, Onodera Group, berkata mereka membayar 207 juta yen untuk tuna sirip biru seberat 276 kilogram (kg), kira-kira saiz dan berat sebuah motosikal.

Ia adalah harga kedua tertinggi yang dibayar pada lelongan pembukaan tahun ini di pasar ikan utama di Tokyo sejak data seumpamanya mula dikumpul pada 1999.

Pembeli yang mempunyai kuasa kini membayar harga tertinggi selama lima tahun berturut-turut, yang menjadi kebanggaan kepada mereka dan mendapat perhatian meluas media di Jepun.

"Tuna pertama adalah sesuatu yang bertujuan membawa nasib baik," kata pegawai, Onodera Shinji Nagao kepada pemberita selepas lelongan itu.

"Hasrat kami adalah orang ramai akan makan tuna ini dan mempunyai tahun yang indah."

Onodera Group membayar 114 juta yen untuk tuna dengan harga tertinggi itu pada tahun lalu.

Bagaimanapun, harga lelongan tertinggi adalah 333.6 juta yen untuk tuna sirip biru seberat 278 kg pada 2019, ketika pasar ikan itu dipindahkan dari kawasan tradisionalnya, Tsukiji ke kemudahan moden di Toyosu yang berdekatan.

Bidaan rekod itu dibuat Kiyoshi Kimura yang mengisytiharkan dirinya sebagai "Raja Tuna", yang mengendalikan rangkaian restoran nasional, Sushi Zanmai.

Ketika pandemik COVID-19, tuna tahun baharu hanya mendapat sebahagian kecil daripada harga tertinggi yang biasa diletakkan kerana orang ramai digalakkan untuk tidak makan di luar dan restoran mempunyai operasi yang terhad. - AFP

Januari 5, 2025   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039912 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list