CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36009|Reply: 0

700 wanita terpedaya dengan 'model' lelaki Brazil

[Copy link]
Post time 5-1-2025 12:49 PM | Show all posts |Read mode

TUSHAR (tengah)mencipta profil palsu di platform dating dan media sosial popular seperti Bumble dan Snapchat.

New Delhi: Lelaki India yang mendakwa model Brazil di platform dating berpangkalan di Amerika Syarikat, menipu lebih 700 wanita dengan mengugut untuk menyebarkan gambar dan video intim mereka.

Portal NDTV melaporkan, pekerjaan harian lelaki itu sebagai perekrut, namun pada malam dia melakukan manipulasi dan pemerasan terhadap mangsa.

Tushar Singh Bisht, 23, ditahan di kawasan Shakarpur di Delhi Timur, Jumaat lalu, kerana menipu lebih 700 wanita dengan menyamar sebagai model di platform dating.

Menurut portal itu, Tushar mempunyai ijazah sarjana muda dalam pentadbiran perniagaan dan sejak tiga tahun lalu, dia bekerja sebagai perekrut teknikal di sebuah syarikat swasta di Noida.

Bapanya bekerja sebagai pemandu, manakala ibunya seorang suri rumah dan kakaknya bekerja di Gurugram.

Walaupun mempunyai pekerjaan yang stabil, lelaki itu terbabit jenayah siber kerana didorong tamak dan nafsu.

Menggunakan nombor mudah alih antarabangsa yang diperoleh melalui aplikasi dalam talian, Tushar mencipta profil palsu pada platform dating dan media sosial popular seperti Bumble dan Snapchat.

Dia menyamar sebagai model bebas yang berpangkalan di AS untuk melawat India, yang direka menggunakan gambar model Brazil.

Sasarannya adalah wanita berumur 18 hingga 30 tahun yang diperoleh melalui platform itu.

Sebaik sahaja dia mendapat kepercayaan mereka, Tushar akan meminta nombor telefon dan gambar atau video intim mangsa.

Tanpa disedari mangsanya, dia menyimpan visual intim itu di telefon. Pada mulanya, aktiviti itu dijalankan untuk hiburan peribadi, tetapi lama-kelamaan ia berubah menjadi skim pemerasan yang sistematik, kata polis.

Menurut polis, Tushar menggunakan gambar dan video itu untuk memeras ugut wanita supaya memberinya wang.

Jika mangsa menolak permintaan untuk wang, dia akan mengancam untuk memuat naik kandungan eksplisit mereka dalam talian atau menjualnya di web gelap.

Menurut penemuan polis, Tushar terbabit dengan lebih 500 wanita di Bumble dan lebih 200 di Snapchat dan WhatsApp.

Kes itu terbongkar apabila penuntut tahun dua Universiti Delhi memfailkan laporan di Balai Polis Siber Delhi Barat pada 13 Disember tahun lalu.


Disiarkan pada: Januari 5, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055884 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list