CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31878|Reply: 0

Tiada kes HMPV dilaporkan di Indonesia

[Copy link]
Post time 4-1-2025 08:55 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. Jakarta, Indonesia. FOTO AFP

Jakarta: Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan tiada kes Human Metapneumovirus (HMPV) yang kini merebak di China, dikesan di negara itu.

Bagaimanapun, orang ramai diingatkan agar kekal tenang, berwaspada dan mengambil langkah pencegahan, lapor Agensi Berita Antara.

Jurucakap kementerian Widyawati, dalam kenyataannya pada Sabtu memaklumkan bahawa virus itu mudah merebak dengan pantas, menyebabkan peningkatan mendadak di utara China.

Beliau turut menekankan kepentingan tindakan pencegahan seperti mengamalkan gaya hidup sihat, kerap mencuci tangan dan memakai pelitup muka di tempat awam bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

Indonesia memantau rapat perkembangan wabak HMPV di China dan negara lain, sambil mengambil langkah antisipasi termasuk meningkatkan kawalan di pintu masuk negara dengan menjalankan pemantauan kuarantin kesihatan terhadap pelancong antarabangsa yang menunjukkan gejala seperti Influenza-like Illness (ILI).

"Kami bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk memastikan langkah pencegahan yang berkesan dilaksanakan.

"Ini bertujuan menghalang virus daripada memasuki Indonesia," katanya.

Widyawati menjelaskan bahawa HMPV adalah virus yang menyebabkan jangkitan saluran pernafasan dengan gejala mirip selesema biasa seperti batuk, hidung berair, demam dan sesak nafas.

Dalam sesetengah kes, ia boleh membawa kepada komplikasi seperti bronkitis atau pneumonia.

Beliau turut memaklumkan bahawa virus itu tidak memberi ancaman besar kepada individu dewasa yang sihat, tetapi berisiko tinggi kepada kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah, termasuk pesakit dengan penyakit kronik seperti diabetes, gangguan pernafasan, dan penyakit jantung.

Setakat ini, tiada vaksin atau rawatan khusus untuk HMPV.

Bagaimanapun, langkah sokongan seperti penghidratan, pengurusan demam, dan rehat yang mencukupi didapati berkesan dalam mengurangkan gejala.

Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai agar hanya merujuk maklumat rasmi berkaitan perkembangan virus ini.

Kerajaan juga menekankan kepentingan kerjasama masyarakat dalam melaksanakan langkah pencegahan dan segera mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan jika mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.

Disiarkan pada: Januari 4, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.043310 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list