CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7891|Reply: 0

[Tempatan] PU Azman tetap jalani hukuman penjara serentak selama 24 tahun, jumlah sebatan je bertambah

[Copy link]
Post time 2-1-2025 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Kes amang seksual membabitkan Pencetus Ummah (PU) Azman masih menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen walaupun pendakwah bebas itu didapati bersalah atas perbuatannya.

Pun begitu, pengakuan bersalah Azman atau Azman Syah Alias, 43, terhadap beberapa lagi pertuduhan membabitkan kes serupa menimbulkan kekeliruan tentang jumlah hukuman dikenakan terhadapnya.

Menjelaskan mengenai kekeliruan tersebut, peguam Fahmi Adilah yang mewakili Azman berkata pendakwah tersebut hanya akan menjalani hukuman penjara selama 24 tahun.




Walaupun Azman mengaku bersalah terhadap beberapa lagi pertuduhan namun kesemua hukuman itu berjalan secara serentak sejak kes pertama selepas dia didapati bersalah iaitu pada 27 September lalu.

Bagaimanapun jelas Fahmi,bagi hukuman sebatan pula, ia berjalan secara berasingan.

Berdasarkan kepada empat kes yang telah dijatuhi hukuman, personaliti itu bakal menerima lima kali sebatan atas kesalahannya.

"Setakat ini hukuman penjara (dikenakan terhadapnya) 24 tahun, yang lain-lain seperti 14 bulan serta tujuh dan enam tahun itu berjalan serentak dan ia bukan secara berasingan.

"Sebatan pula ketika ini lima sebatan," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu pihaknya akan membuat rayuan terhadap hukuman 24 tahun penjara yang dijatuhi terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Klang pada 27 September lalu.

Jelas Fahmi, Azman juga tenang menerima keputusan terhadap kesemua hukuman yang dijatuhi mahkamah terhadapnya.

"Akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi Klang terhadap sabitan dan hukuman 24 tahun penjara serta dua sebatan. Pengurusan kes berlangsung pada 25 Februari depan (2025).

"Ketika ini Azman terlihat tenang dengan semua perbicaraan," ujarnya.

Pada 27 September lalu, Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor.

Azman turut dijatuhi hukuman penjara tambahan sebanyak 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang, Selangor pada 6 Disember lalu selepas Azman mengaku bersalah atas kelucahan melampau terhadap remaja lelaki.

Manakala pada 17 Disember lalu, Mahkamah Sesyen Seremban pula menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan selepas Azman mengaku bersalah atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki, dua tahun lalu.

Malah pada 30 Disember, Mahkamah Sesyen Shah Alam pula menjatuhi hukuman penjara enam tahun serta satu sebatan terhadap Azman.

Hukuman itu dijatuhi selepas Azman menukar pengakuan kepada bersalah melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia yang pada waktu kejadian berusia 17 tahun iaitu tujuh tahun lalu. -mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.116837 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list