CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9386|Reply: 0

[Tempatan] Pelajar Universiti awam buat hal, urin sangkut lepas balik Thailand

[Copy link]
Post time 2-1-2025 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Bukit Kayu Hitam: Seorang penuntut universiti awam di utara tanah air ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, malam tadi, kerana didapati positif dadah ketika pulang bercuti dari negara jiran.

Penuntut berusia 23 tahun itu bersama tiga rakannya itu menaiki kereta dan ditahan untuk menjalani pemeriksaan lanjut ketika melalui sekatan AADK di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dekat sini, 9 malam tadi.

Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati dia positif ganja, manakala tiga rakannya, negatif.

Dia mendakwa baru kali pertama mencuba mengambil dadah berkenaan sekadar untuk suka-suka, namun tidak menyangka urinnya 'tersangkut', menyebabkan dia takut.




"Sebelum ini tak pernah pun tapi ini pertama kali saya ambil dadah ini sebab itu saya menggeletar ini.

"Ketika itu saya sedang makan seorang diri di sebuah kedai dan dipelawa seorang lelaki Thailand yang tanya saya, nak cuba 'smoke' (hisap) ka, saya pun cubalah tapi tak sangka nak sangkut," katanya ketika disoal penguat kuasa AADK, malam tadi.

Sementara itu Pengarah AADK Kedah, Khairul Anwar Ahmad berkata, operasi itu untuk mengesan penagih dan penyalahgunaan dadah yang masuk melalui pintu sempadan negara sempena Tahun Baru 2025.

"Operasi turut membabitkan sebahagian pegawai AADK Kedah serta Unit Anjing Pengesan (K-9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan sebarang kemasukan dadah melalui pintu masuk sempadan negara ini.

"Sebanyak 15 kenderaan diperiksa dan 45 individu diminta menjalani ujian saringan awal air kencing.

"Bagaimanapun, daripada jumlah itu, 16 daripadanya didapati positif dadah dan kebanyakan daripadanya adalah golongan belia sekitar 18 hingga awal 39 tahun," katanya di lokasi operasi, malam tadi.

Khairul Anwar berkata, kesemua individu ini ditahan mengikut Seksyen 3(1) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk tindakan lanjut.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.293720 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list