View: 40286|Reply: 17
|
Sebatang rokok memendekkan hayat sebanyak 20 minit - Kajian
[Copy link]
|
|
ROKOK membahayakan kesihatan dengan ia menyebabkan penyakit jantung, emfisema dan kanser.
Kajian terkini daripada University College London kini mengatakan setiap kali sebatang rokok dihisap, ie memendekkan purata jangka hayat sebanyak 20 minit.
Oleh itu sekotak 20 batang rokok memendekkan hayat penghisapnya hampir 7 jam.
Mengikut jantina pula, sebatang rokok memendekkan jangka hayat lelaki sebanyak 22 minit dan wanita pula sebanyak 17 minit.
Ini adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari University of Bristol pada tahun 2000.
Sekiranya seorang perokok berhenti pada 1 Januari depan, mereka akan memanjangkan jangka hayat sebanyak 50 hari di penghujung tahun.
Kajian dilakukan dengan mengambil data yang dikumpul sejak 1951 untuk lelaki dan 1996 untuk wanita.
Pada tahun 2023, menghisap rokok menyebabkan 27,000 kematian di Malaysia menurut laporan WHO.
Dianggarkan 19% penduduk Malaysia merokok pada tahun 2023 dan ini adalah lebih rendah berbanding 21.3% pada tahun 2011.
Sumber – Department of Health |
|
|
|
|
|
|
|
Jeanne Louise Calment umur 122 tahun dan seorang perokok |
|
|
|
|
|
|
|
Org keliling perokok yg mati awal, anak2 kena asma penyakit pernafasan |
|
|
|
|
|
|
|
bakar duit jadi asap masuk paru² |
|
|
|
|
|
|
|
Betul.. Hari-hari pun adalah hari tanpa tembakau sedunia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi perokok tak mati2 pun. Gigi aje berkarat tapi tak mampuih2 |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut data terkini dari Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), penggunaan tembakau menyebabkan lebih daripada 8 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, lebih daripada 7 juta kematian berlaku dalam kalangan perokok aktif, manakala sekitar 1.3 juta kematian melibatkan individu yang terdedah kepada asap rokok secara pasif. citeturn0search8
Di Indonesia, sebagai contoh, sekitar 225,700 orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan tembakau. citeturn0search4
Walaupun terdapat penurunan dalam jumlah perokok di beberapa negara, penggunaan tembakau masih menjadi punca utama kematian yang boleh dicegah di seluruh dunia. WHO melaporkan bahawa prevalensi penggunaan tembakau global menurun daripada 27% pada tahun 2000 kepada 20% pada tahun 2016. citeturn0search1
Namun, jumlah pengguna tembakau di seluruh dunia kekal stabil pada 1.1 bilion disebabkan oleh pertumbuhan populasi. citeturn0search1
Peningkatan kesedaran mengenai bahaya merokok dan pelaksanaan dasar kawalan tembakau yang lebih ketat adalah penting untuk mengurangkan angka kematian yang berkaitan dengan penggunaan tembakau di peringkat global.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada motivation speaker study kata, nasihat utk berhenti merokok ni, kalau guna larangan or tnjuk gmbar paru2 x sihat kat kotak rokok mcm tu, x menjadi sgt. Contoh larangan, merokok membhayakan kesihatan.
Berbanding dgn nasihat yg positive affirmations mcm 'hidup lebih sihat tanpa rokok' lagi rmai yg stop rkok. |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya merokok tp tak nak dah
cukup la dulu2 sudah menikmati |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.seumur hidup tk pernah hisap rokok. |
|
|
|
|
|
|
|
Ckp je lemah tenaga batin br masing2 nk stoprisau xblh perform |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 2-1-2025 01:23 PM
bagusnya tak ngisap
kalau sebatang rokok = seketul bata. dah boleh buat tiny house |
|
|
|
|
|
|
|
ajal maut di tangan Allah....kita mmg boleh berusaha tapi jgn trlampau taksub hingga mengatakan sesuatu itu lebih berkuasa dari Allah..... |
|
|
|
|
|
|
|
betul dah analogi tu
|
|
|
|
|
|
|
|
macam tak berasas yg sihap rokok sebatang akan 'hilang' nyawa selama 20 minit. yg sihat bersukan lebih byk KO dari perokok tegar. belum pernah jumpa org sekeliling yg mati awal sbb merokok |
|
|
|
|
|
|
| |
|