CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56097|Reply: 6

[Jenayah] Salah letak umur isteri

[Copy link]
Post time 27-12-2024 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Buat sesetengah individu, hari ulang tahun kelahiran merupakan waktu yang ditunggu-tunggu buat mereka. Mana tidaknya, hari istimewa itu datang sekali sahaja dalam masa setahun.

Buat kenalan rapat dan ahli keluarga pula, ini adalah masa mereka untuk membuat prank dan kejutan sebagai tanda menghargai individu yang menyambut hari jadi tersebut.


Sebelum ini, dua orang rakan telah prank rakannya dengan menampal kertas A4 di belakang kereta dengan ayat, “Harini birthday saya, sila tekan hon tiga kali untuk wish.” Oleh disebabkan itu, ramai pengguna jalan raya telah membunyikan hon mereka sebagai tanda ucapan kepadanya.


Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@mrplumberofficial) apabila seorang suami telah menempah ruangan khas di restoran N9 Container Cafe, Seremban bagi menyambut hari jadi isteri tercinta.


Menerusi video tersebut, kelihatan meja makan dihias dengan deko yang meriah seperti lampu neon, belon, bunga dan sebagainya.


Belon bernombor bagi menunjukkan umur si isteri juga diletakkan di atas meja sebagai salah satu kejutan. Kelihatan suami itu telah menempah belon dengan nombor ’35’ yang menunjukkan usia ‘birthday girl’ berkenaan.


Namun lain pula yang terjadi apabila lelaki tersebut rupa-rupanya tersalah dan terlupa umur sebenar pasangannya. Untuk info, usia sebenar si isteri pada tahun ini adalah 34 tahun.

“Penatlah aku deal (dengan pihak restoran)????. Salah umur pulak,” kata si suami di ruangan kapsyen.


Wanita Geram Suami Lupa Umurnya
Dalam klip video sama, kelihatan wanita itu berasa geram dengan kesilapan si suami yang terlupa tentang usianya. Si isteri dilihat tertawa dan menghentakkan kakinya sambil membebel kepada suami yang bersungguh-sungguh membuat kejutan tersebut.

“Tolong saya geng bapak-bapak satu Malaysia. Boleh pula aku salah letak umur dia,” kata lelaki itu.


Kedengaran si suami pula hanya mampu tergelak seolah-olah pasrah dengan situasi itu.


Ramai Terhibur Lihat Telatah Si Suami Yang Lupa Umur Isteri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat situasi si suami yang tersalah letak belon bernombor itu.

“Fuh! Dah hentak kaki tu. Tak boleh bawa berunding dah. Musim hujan ni. Bawa selimut tebal sikit bang ???? (siap sedia tidur luar),” ujar seorang individu.

Malah segelintir individu bersetuju bahawa umur adalah isu ‘sensitif’ buat kaum Hawa.

“Bab-bab umur jangan dibuat main dengan perempuan ni tau. Bahaya ????,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga warganet dilihat memberikan si suami tips untuk membuat kejutan pada masa akan datang.

“Nak selamat jangan letak umur bang (belon bernombor). Kasi ucapan sweet je dekat situ. Boleh spoil mood tau,” ujar seorang wanita.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2024 09:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2024 09:04 PM | Show all posts
















Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2024 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Content je ni adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
content ke...cehh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 07:38 AM | Show all posts
content je ke? ceh...tp aku selalu mkn kat sini...sedap2 mknan dia..pernah jgk sambut bday kat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2024 08:05 AM | Show all posts
aku pun kadg umo sendiri pun lupa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.514206 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list