View: 46916|Reply: 38
|
Kemurungan, sukar tidur & berat badan turun 5kg
[Copy link]
|
|
Edited by vanillaessence at 27-12-2024 07:41 PM
Isteri Along Cham alami kemurungan ringan sejak suaminya yang juga pelakon dan pelawak yang kini didakwa atas pertuduhan dadah ditahan reman.
Afreena Suhaimi, 32, berkata, dia akui sedih dan hilang selera makan selain sukar tidur ketika diminta mengulas keadaan diri termasuk anak-anak ketika ini.
“Saya berasa sangat sedih, tidak lalu makan dan tidak boleh tidur malam sehingga mengalami ‘mild depression’ (kemurungan ringan) sejak suami ditahan reman.
“Saya juga kurang sihat, sakit kepala sehingga berat badan pun turun sebanyak lima kilogram dalam tempoh 10 hari ini,” katanya.
Isteri Along Cham alami kemurungan
Katanya lagi, dia juga berasa seperti ‘kehilangan’ sejak Along atau nama sebenar, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, ditahan reman kerana hubungan mereka sangat rapat walaupun baru lapan bulan berkahwin.
“Kami berdua bukan sekadar suami isteri tetapi seperti kawan baik. Kalau pergi beli bawang atau ‘laundry’ (dobi) pun dia akan teman saya.
Dia adalah ‘my world’ (segalanya) bagi saya.
“Setiap kali saya pergi ‘out station’ dalam dan luar negara, dialah yang akan hantar dan ambil di lapangan terbang sebelum ini.
“Saya juga berasa sebak bila suami cakap dia sangat sayangkan saya dan tak pernah menyayangi wanita lain seperti mana dia sayang saya,” kata Afreena.
Bagaimanapun, Afreena yang mempunyai tiga anak dari perkahwinan terdahulu berkata, dia perlu bangkit dan kuatkan dirinya demi anak-anak serta membantu Along supaya dapat segera dibebaskan.
Dalam pada itu, dia bersyukur kerana keluarga sentiasa memberi sokongan untuk berdepan dengan ujian yang dialaminya kini.
“Along juga rapat dengan tiga anak saya dan saya juga terpaksa beritahu anak-anak, papa mereka mereka tidak ada di rumah kerana keluar bekerja.
“Pada masa sama, majikan saya juga memberi sokongan sepenuhnya jika saya memerlukan bantuan termasuk membenarkan untuk saya bekerja dari rumah,”ujarnya dan berharap Along dapat dibebaskan.
Terdahulu, Along didakwa dengan dua pertuduhan miliki ganja di dua mahkamah berasingan di sini, masing-masing membabitkan ganja seberat 58.23 gram (g) dan 2.07g.
Bagaimanapun, Along mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.
Tapi dia pun positive. Takan nak cakap dia dianiayai.. Aduh aku teringat dialog hanipah bff man laksa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 10 hari
Tgk kak ros elok je tak kurus2 sejak najib ke dlm |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian jg bini dia ni. Selalu ke sana sini katanya. Bini kerja apa ni?
Btw. Along cham tu positif juga ambil brg kan?
Semoga bini bertabah |
|
|
|
|
|
|
|
Kacip juga ke...hurrrmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hmm. Ni mesti jenis popuan yg support legalise weed ni.. ke ko sama2 layan. Meols tau org industry ni mmg suka layan weed. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat Puan Afreena Suhaimi, cukup-cukuplah stress fikirkan suami awak tu.
Dia sendiri buat pilihan untuk mendadih, tak fikir pasal anak-anak, pasal awak..
cukup lah seminggu dua ni awak stress, sedih-sedih.
move on lah.. baik awak stress fikir pasal cara nak improve diri dan keluarga awak saja. tahun depan bil letrik naik, gula naik.. banyak belanja tu |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar baju putih tu ingatkan ramona zam zam |
|
|
|
|
|
|
|
sambil shoping bawang 24j dtmani suami terchenta, xcheck ka poket seluaq dia ka bwh bantal dia ka ada sesuatu mncgakannnn?? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dari positif side bagus bini dia betul2 fight untuk husband beza la dari yg dulu..tapi tu la nak kesian pun positif la pulak..hmm dah ada bini sayang camni la pulak cite dia..ujian masing2 la ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols sebenarnya teringin nak cuba weed. Buat masak lemak ke, ulam ke makan dengan sambal blacan. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols percaya weed ada healing property tapi as of many drugs memang bahaya la kalau consume berlebihan @ salah guna kan. |
|
|
|
|
|
|
|
my orang tua katanya
org 30an bercinta memang macam ni ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah tgk gambar who ayusss sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah 8thn pun makan dadah samada ko tertipu or sama naik join skali beria nau kata laki x salah.
bab syg bedooh lakinya tu no komen la, dah tu je kot laki yg ckp berdentum syg kat dia opkos la merentan
10 hari turun 5 kilo, iols ni dari lepas raya nak turun 6 kilo sampai nak jmp raya plak dah mcm takdak hrpan. iols diskon sempena newyear, turun 3 kilo pun jd la before pose |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 28-12-2024 02:46 PM
Meols percaya weed ada healing property tapi as of many drugs memang bahaya la kalau consume berlebi ...
Waktu shuben meols sakit festaim around, hada hamba auloh kasi weols cbd oil utk control pain. Letak a few drops bwh lidah. Sbb time tu dh campur2 obt suma weols takut nk try so simpan sampai sekarang.
Meols baca cbd ni pn org us sana guna utk control symptoms parkinson. Harapnya hada la dlm ramai2 ummah mulayu cerdik pandai wat research pasal healing property menda alah ni. Takan pusing2 suruh di ruqyah & berdoa aje khennss |
|
|
|
|
|
|
| |
|