View: 29598|Reply: 100
|
[Tempatan]
TNB cadang naik tarif elektrik di Semenanjung bermula Julai 2025
[Copy link]
|
|
TNB cadang naik tarif elektrik di Semenanjung bermula Julai 2025
https://www.freemalaysiatoday.co ... -bermula-julai-ini/
Bernama
26 Dec 2024, 10:04 PM
Menerusi makluman di Bursa Malaysia, TNB berkata jadual tarif dicadangkan adalah 45.62 sen KwJ berbanding tarif sebelum ini 39.95 sen/kWj bagi semenanjung Malaysia.
Tenaga Nasional Bhd berkata kos penjanaan kekal sebagai komponen terbesar tarif elektrik, dengan gas dan arang batu terus menjadi sumber bahan api utama untuk penjanaan elektrik sepanjang tempoh ini.
KUALA LUMPUR: Jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Di bawah Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 dan 2024, tarif asas ditetapkan pada 39.95 sen/kWj.
TNB menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
“Jadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014, akan terus berkuat kuasa, tanpa perubahan dalam kadar tarif dan struktur tarif elektrik sehingga 30 Jun, 2025,” katanya.
TNB berkata kadar pulangan kawal selia dikekalkan pada 7.3% seperti di bawah RP3 dan ini akan membolehkan firma utiliti itu membuat pelaburan penting dalam industri, memastikan bekalan elektrik yang terjamin dan berterusan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Menurutnya, kos penjanaan kekal sebagai komponen terbesar tarif elektrik, dengan gas dan arang batu terus menjadi sumber bahan api utama untuk penjanaan elektrik sepanjang tempoh ini.
“Sebarang kos penjanaan tambahan hasil daripada harga bahan api yang lebih tinggi untuk bekalan elektrik akan dilepaskan melalui mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT).
“TNB kekal neutral dalam hal ini dan tidak akan ada kesan ke atas operasi perniagaan atau kedudukan kewangan syarikat,” katanya.
Baru-baru ini, kerajaan meluluskan pelaksanaan RP4 di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dari Januari 2025 hingga Disember 2027.
Firma utiliti nasional itu berkata keputusan tersebut dimaklumkan menerusi surat daripada Suruhanjaya Tenaga (EC) kepada TNB bertarikh 24 Dis, 2024.
Menurutnya, perbelanjaan modal yang dibenarkan ialah RM42.821 bilion, terdiri daripada perbelanjaan modal asas sebanyak RM26.554 bilion dan perbelanjaan modal luar jangka RM16.267 bilion.
“Jumlah perbelanjaan modal yang dibenarkan bagi RP4 dijangka membawa manfaat ekonomi yang besar ke arah merangsang ekonomi negara dan menyediakan rangkaian elektrik untuk memudahkan agenda peralihan tenaga negara,” kata TNB.
Manakala perbelanjaan operasi yang dibenarkan ialah sebanyak RM20.782 bilion, yang menyokong perancangan dan pelaksanaan aktiviti operasi serta penyelenggaraan yang diperlukan untuk semua infrastruktur elektrik TNB.
TNB berkata keputusan untuk melaksanakan RP4 adalah bukti komitmen kerajaan terhadap rangka kerja IBR, yang menjadi tonggak kemampanan dan kestabilan industri bekalan elektrik.
“Melalui pelaksanaan RP4 di bawah IBR, TNB komited untuk memastikan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan terjamin kepada pelanggan, meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan dan memudahkan agenda peralihan tenaga negara,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teringat jaman dulu ..if jd zaman jibby mesti dh berguling2 merempan..bila zaman bangnon org yg sama tetibahhhh redha gitew |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau zaman Najib, ini salah kerajaan. Tetapi sebab ini zaman Imam El Mehdi El Muntazor, ini normal, rasional, berpatutan dan tidak dapat dielakkan, sambil menunjukkan jalan mengira matematik, seterusnya membandingkannya dengan Azerbaijan, Venezuela, Haiti dan Isle of Man. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa pun kita rakyat yg duduk di atas jadi policy maker tetap berbuat semua perkara untuk menguntungkan diri mereka shj. Dah 67 thn keadaan tu kekal tak kira parti mana yg memerintah pun. |
|
|
|
|
|
|
|
vanilacup replied at 27-12-2024 01:36 PM
Siapa pun kita rakyat yg duduk di atas jadi policy maker tetap berbuat semua perkara untuk menguntu ...
Ye .tp pentaksub bangnon time org lain kemain merempan..tiba kena kat zaman bangnon..tau pulak memahami
Iols bukan penjilat parti politik yach..cuma extra meluat nk mampos dgm pentaksub bangnon |
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha.. rasa puas bebas dari semua yg politikus suruh setakat ni samada dari zaman PN sampai PH pun..Jadi jadi followers mereka pun memang tidak sama sekali..
Janji jgn takut dgn naratif yg mereka mainkan di semua media yang ada..
Sebab kalau ikut kehendak diaorang bermakna takutkan mereka sedangkan kita ni rakyat terbanyak bukan mcm mereka sedikit jadi kenapa nak kena ikut ...
|
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 27-12-2024 01:44 PM
Ye .tp pentaksub bangnon time org lain kemain merempan..tiba kena kat zaman bangnon..tau pulak mem ...
Ok lah tu, ko lak merempan dh pentaksub tu ok,
Aku lalui zmn najib dan zmn bang non
Selagi x ada kes 1mdb dan kes rosmah, aku ok jer |
|
|
|
|
|
|
|
apa lagi cara nak lingkupkan rakyat weiiiiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kena banyakkan guna solar la camni.
Tak tahan kalau duduk kampung bil api tinggi wooo....kampung banyak guna lampu. |
|
|
|
|
|
|
|
TERIMA KASIH TNB...TRIPLEID perrintah rakyat senang kena kincin |
|
|
|
|
|
|
|
bangunan TNB dah siap kat korner jalan pantai tu kemain lagi bertingkek2....tak untung lagi ke oiiii.....tetiap tahun ni je lagu dia nyanyi tau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 27-12-2024 02:44 PM
Lelain bebenor 'depa' nak 'sakau'....1Malaya terui KENA |
|
|
|
|
|
|
|
ini sume penangan kete letrik cass dekat rumah la ni patut buat mcm kategori diesel tu. sapa ada kete letrik kne surcharge bil letrik |
|
|
|
|
|
|
|
Now you know la bila you pi melancong kat australia tiba time malam, kenapa rumah2 dan jalanraya kat sana (melainkan kat city centre) malap je. Sebab the price of electricity. Iols duduk sana cakap betul mula2 terkejut sbb rumah kita kat malaysia ni selagi ada lampu semua buka sampai pagi. Bila balik semula ke Malaysia, rumah iols yg paling gelap. Lampu hanya buka di bilik yg kami ada saja. Even so, last 2 years sudah dengar ura2 nak naik tariff bill kitarang dah pasal solar panel.
Acik2 por still ada dr jan ke june tuk lari duduk off grid kalau tak nak ikut kemajuan. |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 27-12-2024 01:20 PM
Teringat jaman dulu ..if jd zaman jibby mesti dh berguling2 merempan..bila zaman bangnon org yg sama ...
Sbb bangnon suke ajak org guling guling.. skrg org yg nak ajak guling guling dah takde.. so berakhirlaa riwayat guling guling di dataran merdeka sogo..
Muhyiddin nak guling.. sorilaa.. bkn style dia guling guling.. hadi awang guling.. kang tercabut kopiah.. syed saddiq asyik dgn retis je la plk.. so yilek guling guling |
|
|
|
|
|
|
|
PM x amek gaji ponn segala benda mcam naik rege yekkk ? |
|
|
|
|
|
|
|
Sama juga dgn bangunan perkeso. Dulu just caruman socso, sekarang dah EIS. Baru2 ni naik kan lagi rate SOCSO tuk gaji 5 ribu ke atas, tapi tak semua (un)fortunate enough to be able to claim socso. At least, letrik ni semua orang guna, kau guna banyak kau bayar banyak kau guna sikit kau bayar sikit ler.
|
|
|
|
|
|
|
|
syed saddiq asyik dgn retis je la plk.. so yilek guling guling Syed saddiq tak sempat guling dah jatuh tersembam dulu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|