Gantung diri di surau, polis minta orang ramai bantu siasatan
Zuhainy Zulkiffli[email protected]
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Bayan Lepas: Polis Daerah Barat Daya memohon kerjasama orang ramai supaya tampil membantu dalam siasatan kes penemuan seorang lelaki yang disyaki menggantung dirinya di Surau At-Muttaqim di Lilitian Sungai Ara di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai menggunakan tali bagi menggantung dirinya dengan bantuan kerusi.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta hubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Harith di talian 011-33308509 atau Bilik Gerakan Polis Daerah Barat Daya di 04-8664122.
"Maklumat juga boleh disampaikan ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu tular gambar menunjukkan seorang lelaki menggantungkan diri menggunakan tali di sebuah surau, di daerah ini.
Disiarkan pada: Disember 25, 2024 @ 5:13pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1169737/gantung-diri-di-surau-polis-minta-orang-ramai-bantu-siasatan
|