CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88542|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Laut cantik, ombak seperti naga'

[Copy link]
Post time 25-12-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode
'Laut cantik, ombak seperti naga'

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Disember 25, 2024 @ 9:00am [email protected]





BALIK PULAU: Melihat riak ombak ibarat naga berenang mencetuskan kehairanan kepada Nornie Ismail, 46, ketika berkhemah bersama keluarga di Pantai Pasir Panjang di sini, pada malam 25 Disember 2004.

Bagaimanapun, perhatiannya kembali kepada keseronokan menghabiskan cuti dengan cuaca baik malam itu.

Esoknya, Nornie dan kakaknya pulang ke rumah di Kuala Pulau Betong kira-kira lima minit perjalanan dengan menunggang motosikal untuk menyediakan makanan tengah hari bagi juadah di tepi pantai.

"Ketika memasak kira-kira dalam jam 1 tengah hari, saya terdengar riuh-rendah dari jeti nelayan Kuala Pulau Betong.

"Ramai menjerit 'lari! lari!', saya jenguk dari tingkap dan nampak ombak besar bercampur selut naik setinggi pokok kelapa.

"Saya tutup api dapur dan bergegas ke pantai bersama kakak kerana ingin melihat keadaan keluarga.

"Waktu kami sampai, suasana di jalan huru-hara dan saya nampak mayat mangsa terkorban bersusun di jalan," katanya kepada BH.

Nornie berkata, orang ramai dilihat mencari ahli keluarga dalam kalangan jasad berlumpur dan belum ditutup kerana kejadian baru berlaku manakala pasukan menyelamat belum tiba di lokasi kejadian.

Pada masa sama, beliau melihat ibu kepada Zulkifli Mohd Nor dari Kampung Paya Simpang Empat yang kehilangan lima anak dalam tragedi itu, berpaut pada sebatang pokok di tepi pantai memanggilnya.

Nornie bagaimanapun tidak berdaya menyelamatkan warga emas itu kerana ombak masih mengganas.

"Dia sebut berulang kali 'adik mai tolong mak cik, mai tolong mak cik' tetapi waktu itu keadaan sangat berbahaya untuk turun.

"Mujurlah dia bertahan sehingga keadaan reda dan akhirnya dapat diselamatkan," katanya.

Nornie bersyukur apabila mengetahui anaknya Muhamad Danish Haziq Azubir yang ini berumur 25 tahun dan tiga sepupu mereka sempat melarikan diri ke bukit berhampiran manakala anak keduanya, Nur Athirah Sofiya, yang berusia setahun ketika kejadian dan didukung adiknya, Rosmawati Ismail, 43, sempat naik ke tebing.

Rosmawati yang hamil anak sulung tiga bulan dan meriba Nur Athirah ketika kejadian, menggambarkan keadaan laut sebelum tsunami sebagai sangat cantik dengan air putih kebiruan.

"Ombak datang seperti 'tiga beradik' iaitu yang pertama tinggi, kali kedua sederhana dan ketiga rendah.

"Laut perlahan-lahan surut, jadi nampak pantai curam, selut-selut dan ada budak-budak pergi tengok lebih dekat.

"Kemudian saya nampak ombak tinggi dan pecah bila terlanggar pulau di hujung pantai sebelum ramai menjerit menyuruh lari.

"Saya dukung bawa anak saudara dan lari sejauh mungkin," katanya.

Sementara itu, Nornie 'terduduk' apabila melihat rumah papannya cuma tinggal tiang manakala keretanya dihanyut ombak deras sebelum ditemui tersangkut di kaki bukit berhampiran.

"Tak tahulah apa nasib jika tidak keluar kerana tiang menunjukkan air naik hingga paras hidung.

"Kami buat khemah atas bukit dan berkampung di sana hampir sebulan sehingga rumah siap dibaiki," katanya.




Nornie (kiri) bersama adiknya Rosmawati melihat keratan akhbar mengenai keluarga mereka yang menjadi mangsa kejadian tsunami pada Disember 2024. - Foto NSTP/Danial Saad






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2024 04:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.269027 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list