CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37711|Reply: 1

[Pulau Pinang] Tujuh lelaki mengaku tidak salah tawar pelaburan tidak wujud

[Copy link]
Post time 20-12-2024 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 20-12-2024 01:41 PM

Tujuh lelaki mengaku tidak salah tawar pelaburan tidak wujud
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
20 Disember 2024 12:23pm






BALIK PULAU - Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat di atas pertuduhan menjalankan aktiviti sindiket penipuan pelaburan tidak wujud pada 2 Disember lalu.

Wong Yu Teng, 26, Lim Yong Aun, 30, Chin Chin Ze, 29, Ong Wye Chun, 38, Choo Wee Jen, 28, Jeremy Thiah Lae Jin, 33 dan Cheong Wymun, 33 bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Chia Huey Ting.


Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa telah melakukan pakat jahat jenayah dengan menjalankan aktiviti 'call centre' bagi sindiket penipuan pelaburan Multiply Finance yang tidak wujud melalui dalam talian.

Mereka didakwa dengan curangnya memperdaya mangsa untuk melabur dalam skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi media Facebook dan Whatsapp yang bertentangan dengan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



]
Ketujuh-tujuh tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.




Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lengkok Merbah 3, Taman Sri Bayan, Bayan Lepas pada jam 10.15 malam, 2 Disember lalu.

Oleh demikian, kesemua mereka dituduh melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.


Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Lushini manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Pang Chuin Keat.

]
Kesemua tertuduh dibawa menggunakan van polis ke Kompleks Mahkamah Balik Pulau pada Jumaat.




Lushini memohon jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.

Sementara itu, dalam rayuannya, Chuin Keat memohon agar jaminan sekurang-kurangnya RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap anak guamnya.


"Semua anak guam saya masih bujang kecuali Wye Chun, Wee Jen dan Lae Jin yang sudah bercerai namun masing-masing mempunyai seorang anak yang perlu disara. Mereka tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Selain itu, mereka berasal dari Pulau Pinang dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Oleh itu, saya mohon satu jaminan yang munasabah terhadap mereka," katanya.

Huey Ting kemudiannya menetapkan RM5,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh.

Mahkamah menangguhkan kes sehingga 25 Mac depan untuk serahan dokumen.


https://www.sinarharian.com.my/article/703172/berita/semasa/tujuh-lelaki-mengaku-tidak-salah-tawar-pelaburan-tidak-wujud


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2024 01:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.051256 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list