View: 7437|Reply: 17
|
'Saya masih waras, tak tergamak hina kaum Iban' - Ifa Raziah
[Copy link]
|
|
Penyanyi, pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah tidak berniat memperlekeh kaum Iban ketika meninggalkan komen dalam media sosial milik seorang individu hingga menjadi tular, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha mendakwa komen berkenaan hanyalah gurauan bersama rakannya, namun ada pihak menyalah tafsir komen yang ditulisnya.
"Jujurnya, saya terkejut kerana komen yang saya tulis sudah berlaku enam minggu lalu dan hanya menjadi viral, tiga hari lalu. Ketika itu, saya berada di Singapura dan berasa pelik kerana terima banyak notifikasi untuk semua video yang dikongsikan dalam media sosial.
"Rupa-rupanya saya kena 'serang' dengan netizen gara-gara komen saya yang didakwa memperlekeh kaum Iban. Ayat saya adalah 'terkejut aku, ingatkan perempuan Iban mana yang tersesat.'
"Ayat ini sebenarnya gurauan sesama sahabat. Bila kita bergurau antara sahabat, saya memang tak berniat apa-apa termasuk nak 'body shaming' atau 'face shaming' etnik tertentu. Memang tiada.
"Kali pertama saya tengok video ini, saya nampak bunga-bunga yang menghiasi kepalanya seakan 'headgear' dan ia sangat cantik. Saya tak cakap tak elok atau buruk.
"Saya juga tak cakap pun orang Iban tak cantik. Maksud saya bila pakai bunga di kepala, pada pandangan mata saya, orang Semenanjung tak pakai seperti itu. Hanya orang etnik sebelah Borneo yang menggayakannya. Kedua, bila menyanyi keadaannya macam tak tentu arah.
"Maksud saya, dia ni macam hilang arah ke? Bukan saya kata orang Iban tiada arah. Demi Allah, saya memang tak terniat langsung menghina dan semua itu disalahertikan." katanya pada sidang media tergempar di sebuah hotel, di sini, semalam.
Ifa menambah, dia masih berfikiran waras dan belum tergamak untuk menghina mana-mana etnik secara terbuka seperti yang hangat diperdebatkan itu.
"Setahu saya orang Borneo paling cantik. Saya sendiri pun ada ramai kawan-kawan dari Sarawak dan Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik.
"Mana mungkin saya tergamak memainkan sentimen perkauman secara terbuka seperti ini," jelasnya lagi.
Enggan membiarkan perbalahan berpanjangan, Ifa dengan rendah hati memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang mungkin berasa hati dengan komen berkenaan.
"Memang saya tunggu berjumpa dengan semua media bagi menjelaskan salah faham ini. Sebab itulah, saya tak buat 'live' untuk bercakap soal isu ini kerana tak mahu disalah erti.
"Saya tahu bila baca komen, saya tak faham apa yang orang Iban tulis. Mungkin itu antara makian atau luahan rasa benci mereka terhadap saya.
"Tapi untuk orang Sabah dan Sarawak khususnya Iban, tiada langsung niat dalam hati saya untuk mengguris perasaan anda semua.
"Seandainya ada ayat saya menimbulkan salah faham dan mengguris hati, saya tak ada masalah untuk menyusun sepuluh jari, dengan rasa rendah hati dan rendah diri saya mohon ampun dan maaf.
"Tak rugi pun kalau saya pohon maaf. Saya juga berharap dengan penjelasan ini dapat kita tutup isu dengan baik dan tak perlu lagi dipanjangkan," ungkap penyanyi Gemerincing Rindu ini.
Terdahulu, komen Ifa dikongsikan seorang pengguna aplikasi Threads yang memuat naik tangkap layar hantaran berkenaan di akaun media sosialnya.
Komen itu menyebabkan pemilik akaun Threads terbabit mempersoalkan tindakan Ifa yang dianggap tidak menghormati etnik kaum di Sarawak.
Rata-rata netizen meninggalkan komen kesal dengan tindakan Ifa kerana kurang peka mengenai sensitiviti kaum.
Sumber – Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Berubah2 bentuk muka dia ye. Rajin betul renovate. Siapa kontraktor tu agaknya? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo xletak nama dia kat atas tu mmg aq x cam lngsung,lain nau muka dia skrg,ke sebab filter??? |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 19-12-2024 02:01 PM
Berubah2 bentuk muka dia ye. Rajin betul renovate. Siapa kontraktor tu agaknya?
Ahahaaaa. Ke kontraktor lari sbb x abis bayor mcm kes bida |
|
|
|
|
|
|
|
makin pelik rupa paras dia .. |
|
|
|
|
|
|
|
tiap tahun ada aje kontroversi dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
dah macam proton waja convert mitsubishi evo pakai body kit part murah hahah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni blk kg guar napai, org xkenal terus ni |
|
|
|
|
|
|
|
lupa tarik benang ker tu... da gelebek da pipi tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 tengok ingatkan ara johari. i dah wonder apesal ara mekap tebal tua ni. rupanya nek ipah |
|
|
|
|
|
|
|
lainnye muke...aritu nmpk muda kali ni nmpk tua la pulak..lupe pkai susuk ke |
|
|
|
|
|
|
|
makin kurus sheols ni... mcm zizie izeti...
dulu gebu gabas... |
|
|
|
|
|
|
|
I confused...she kata kawan...tapi kenapa pemilik akaun tread tersebut mempersoalkan tindakan Ifa yang dianggap tidak menghormati etnik kaum di Sarawak...kemudian tahu pula Ifa delete...tapi pemilik tu dah print screen..
|
|
|
|
|
|
|
|
Leher pun dah kedut...pakaila tudung.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kes..kes apa pulok ni???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|