CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 43196|Reply: 42

Hot Daddy, dua rakan wanita membuat iklan persundalan, jual rakaman video lucah dilepas tanpa dibebas

[Copy link]
Post time 18-12-2024 05:57 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua rakan wanitanya yang menghadapi pertuduhan membuat iklan persundalan, menjual rakaman video lucah dan memiliki bahan lucah, awal tahun lalu.


Ketiga-tiga tertuduh itu adalah Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norshazrina Md Zamri, 27 dan Norhidayah Mahadi, 24.


Hakim Siti Shakirah Mohtaruddin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berkata waran tangkap yang dikeluarkan sebelum ini tidak dapat disempurnakan.


“Berdasarkan laporan siasatan yang dikemukakan, mahkamah mendapati waran tangkap telah dikeluarkan sebanyak tiga kali namun masib tidak dapat disempurnakan walaupun pendakwaan telah menjalankan usaha untuk mengesan kesemua tertuduh.


“Direkodkan juga penjamin-penjamin juga gagal hadir dan gagal memberi sebarang penjelasan ketidakhadiran tertuduh sehingga tarikh hari ini,” kata Siti Shakirah.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abdul Latip memohon kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh waran tangkap bagi mengesan kesemua tertuduh bagi membolehkan pihak polis memastikan sama ada mereka masih berada di dalam negara atau di luar negara.


“Waran tangkap tidak dapat disempurnakan dan notis kepada penjamin juga telah diserahkan kepada penjamin-penjamin namun tidak pernah penjamin hadir memberi penjelasan ketidakhadiran tertuduh-tertuduh,” kata Nidzuwan.


Peguam bela, Razif Toha yang mewakili kesemua tertuduh tidak membuat sebarang bantahan terhadap permohonan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.


Mengikut pertuduhan, Hasli Ikhwan, Norshazrina dan Norhidayah didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan mengunakan aplikasi X NOTYOURDADDYY (@HOTDADDYYXX), yang menyebabkan orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.


Perbuatan didakwa dilakukan di pejabat D7 (Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) Bukit Aman pada pukul 10.10 pagi, pada 16 Januari lalu.


Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebal diorg ni, baik pi yues je mcm apek cina gugubed besau lipas tu..boleh juga korang buat produksi film luch sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tanpa bebas supaya boleh melempias membuang ayak sampai tumpas

Akibat siasatan macam sudah disuap
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas tanpa bebas even bukti byk??? Eh siyelnyeee
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:40 PM | Show all posts
Aku tak faham. Ada waran tangkap berkali2. Tapi hari ini lepas tanpa bebas. maksudnya dah jumpa ke tu? Keliru aku baca aihhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengikut berita di atas, yg aku phm mrk terlepas sbb pihak pulis/pdakwaraya x dpt trace keberadaan mrk? Siap buleh msk podcast lg tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2024 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumpah tak paham..  Habes?  Tak salah ke??
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bebas terus pun xpe. Buang masa polis ja. Tenaga yang ada tu baik guna pursue the real criminals. Kesalahan mereka ini cuma menyakitkan hati sesetengah pihak yang tak terkesan pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 08:20 AM | Show all posts
lepas??? teruknye
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:28 AM | Show all posts
serius lah takleh trace diorng ni? polis msia power kot? eh geram plak aku.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Warga X walau nampak urban dan liberal tp dorang gak laa yg mendedahkan kegiatan persundalan ayah panas ni
Nak harapkan warga tt mmg taklaah situ bangsa enabler apatah lagi warga telegram tempat memancut segala cecair badan.
Ummah fb plak mampu wat karangan komplen sana sini dan tau mengumpat jer
Pastu balik2 bekap kawan2 sendiri yg sesama influencer
Walau member tu menganiaya staff, tak bayar epf, gaji tertunggak tau2 buat bisnes baru acah2 nak lawan restoran fast food tersohor di dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:48 AM | Show all posts
agaknya lari mana dah kot depa ni smpai susah nk kesan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp aktiviti suka sama suka ni dikira jenayah ker? Lain la kalo perempuan tu dirogol ke, dipaksa ker
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham baca berita nie...waran tangkap dah keluar berkali2 tapi lum disempurnakan? Apa Benda nie? Kira2 oks kebal ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu juga la gigih kasik malu Islam di negara ini. Padahal katanya lagik Islamik terpaling Islam daripada Muslim Borneo yang lost cause takda harapan kata porumer.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 19-12-2024 09:04 AM
Tp aktiviti suka sama suka ni dikira jenayah ker? Lain la kalo perempuan tu dirogol ke, dipaksa ker

suka sama suka ok je tp derang ni siap jual video kan?
dikira meniaga/menyebarkan benda lucah mmg salah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 10:05 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 19-12-2024 09:18 AM
Melayu juga la gigih kasik malu Islam di negara ini. Padahal katanya lagik Islamik terpaling Islam d ...

Itu gambaran real hidup yang sebenarnya ....Saat kini .. Wang HARAMpun susah nak dicari dan didapat oleh teman-teman anda  di Malaysia ini....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbelit kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 19-12-2024 09:04 AM
Tp aktiviti suka sama suka ni dikira jenayah ker? Lain la kalo perempuan tu dirogol ke, dipaksa ker


Dari segi syariah dikira jenayah. Kalau sivil x sure lah. Jmpa ni:

Di Malaysia, jenayah zina adalah di bawah bidang kuasa agama negeri
berpandukan kepada Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1984.
Hukuman maksimum yang diperuntukkan adalah 3 tahun penjara, atau denda
sebanyak RM5, 000, atau sebatan enam kali, atau gabungan mana-mana
hukuman tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi hdup dlm pelarian mcm x tenang je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.117069 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list