CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10598|Reply: 2

Pelantikan Musa atas perkenan Agong, bukan PM - Fahmi

[Copy link]
Post time 18-12-2024 08:47 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR : Pelantikan bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari depan adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, bukannya Perdana Menteri.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata Perkara 1 Perlembagaan Sabah jelas menyatakan bahawa Perdana Menteri tiada peranan dalam menasihati agong bagi urusan pelantikannya, sebaliknya ia tanggungjawab Ketua Menteri Sabah.


Justeru, beliau menyelar pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz kerana menuduh Perdana Menteri bersikap hipokrit susulan pelantikan Musa sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah, hari ini.


"Sebelum YB (Amira) membuat kenyataan tanpa asas fakta seperti ini, seharusnya YB teliti dahulu Perkara 1(1) Perlembagaan Negeri Sabah yang jelas menyatakan tugas dan tanggungjawab dalam pelantikan TYT Sabah," katanya.


Fahmi juga berkongsi pautan penuh Perlembagaan Sabah yang memperincikan aturan kuasa berkaitan pelantikan Yang Dipertua Negeri Sabah.


Perkara 1(1) Perlembagaan Sabah menyatakan Yang Dipertua Negeri Sabah dilantik mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong, selepas mendapat nasihat daripada Ketua Menteri.


Terdahulu, Amira yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dalam ciapan di X menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap hipokrit susulan pelantikan Musa itu.


Ini berikutan dakwa Amira, Musa pernah dilabel sebagai perasuah oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan pelantikannya ke jawatan itu juga tidak memenuhi semangat reformasi dilaung PH selama ini.


Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah,dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025.


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Musa pada istiadat di Balairung Kecil, Istana Negara, di sini, pagi tadi.


Musa, 73, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.


Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.




Sumber – BH ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 09:01 AM | Show all posts
Adik-adik cringe tak buat homework...sat lagi Agong panggil face to face mula lah start shaking, cerita sedih... manakala founder dah sibuk buat content fitness & content kena prank dengan janda sabah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua letak kat jagong padahal masing2 tahu raja berpelembagaan xmasuk campur hal2 executive kecuali Hal ehwal Islam n melayu..bodoh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.119662 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list