CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11851|Reply: 4

Saya takkan sampai hati burukkan adik sendiri - Sharif Zero

[Copy link]
Post time 18-12-2024 08:39 AM | Show all posts |Read mode





Pelawak Sharif Zero tidak berniat membuka aib adiknya, Atu ketika berkongsi mengenai kisah silamnya dalam saluran podcast hingga mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.


Enggan membiarkan isu berpanjangan, Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 34, memohon maaf kepada Atu jika perkongsiannya mengenai Atu yang dikatakan hampir tidak mempunyai harapan hidup kerana terjerumus dengan najis dadah membuatkannya berkecil hati.







"Tujuan saya bercerita mengenai kisah silam ini dengan niat mahu beri inspirasi kepada orang lain.


"Saya tak salahkan Atu jika dia rasa perkara itu mengaibkan kerana berhak bersuara. Jika Atu rasa perkongsian saya membuka aibnya, saya minta maaf.


"Saya mahu jadikan cerita hidup Atu sebagai pengajaran kepada orang ramai, berbanding kisah hidup saya mungkin agak bosan.


"Apapun saya bangga dengan Atu yang sudah berjaya sekarang," katanya ditemui di pentas akhir Famili Duo musim keempat di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, kelmarin.


Mengulas hubungannya dengan Atu selepas insiden itu, Sharif yang juga pengacara FD4 berkata, hubungan mereka dalam keadaan baik dan Atu masih menghubunginya.


"Selepas podcast itu tular, hubungan kami baik sahaja dan tiada masalah. Malah, Atu masih berhubung dengan saya.


"Sebelum ini, kami pernah berada dalam satu podcast bersama, kami okay sahaja dan saling mengusik antara satu sama lain.


"Cuma, saya seorang dalam podcast dan Atu tiada di situ. Jadi, timbul salah faham.


"Lagipun cerita dikongsikan daripada Atu sendiri. Takkanlah sampai hati saya mahu burukkan adik sendiri," ungkapnya.


Terdahulu, ketika menjadi tetamu sebiah podcast, Sharif mendedahkan, Atu pernah lari dari kampung halaman di Sabah untuk datang ke Kuala Lumpur (KL) dan pernah menjalani kehidupan sebagai gelandangan kerana tidak mempunyai wang.


Sharif memberitahu, Atu juga pernah terjerumus dengan gejala dadah disebabkan tersalah langkah dalam memilih kawan dan dikatakan hampir tidak mempunyai harapan meneruskan kehidupan.


Perkongsian itu nyata menimbulkan rasa kurang senang Atu dan meminta abangnya itu berhenti berkongsi kisah peribadi orang lain.




Sumber – BH ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 18-12-2024 08:57 AM


Kalau tgk dlm adik badik ni Atu ni nampak mcm ok kalau melati aku caya laa jugaa

Aku selalu baca komen2 org sblm ni selalu jumpa Atu solat subuh jemaah kat masjid.
Komen2 ni dh lama tau sblm alif satar viral pasal solat subuh tu.
Kira sejak dulu pun Atu nampak mcm org2 yg baik je, hub suami isteri pun cam takda masalah.
Bini dia pandai menjahit dan pandai buat kek lapis.

Ok aku dh tgk sedutan podcast tu rupanya hampir nak mendadih blm terjerumus pun lg alahai
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:33 AM | Show all posts
Tak tahulah kalau aku je, tapi dorang tiga beradik ni nampak ikhlas, tulus gitu. Jenis yang senang nak bekerja, tak banyak kerenah. Patutlah murah rezeki kut. Semoga terus berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 12:40 PM | Show all posts
akuu suka ngn dorg nie.. nmpk jujur.. jmp Atu shooting kt Shah Alam.. kita segan.. dia yg dapatkn kita.. moga diperluaskan rezki dorg adik beradik ..amin yra..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tk kenal nama diorg ni tp rambut kembang tu mmg muka mat pet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.047644 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list