View: 32681|Reply: 9
|
‘Rupanya aku membuang dengan dia ‘blup blup’’, binatang hidup dalam mangkuk tandas
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang lelaki mencuri perhatian apabila menggunakan biskut untuk mengumpan seekor haiwan yang ‘menetap’ di dalam mangkuk tandas rumahnya.
Menerusi hantaran di TikTok oleh @sandi_as__, seorang lelaki dilihat mengambil secebis biskut dan melemparkannya ke dalam mangkuk tandas.
Beberapa saat kemudian, kelihatan satu sosok kepala berwarna hitam menjulur keluar, menggigit biskut tersebut sebelum menariknya kembali ke dalam lubang.
Hantaran terbaru olehnya menunjukkan dia cuba memancing ‘haiwan’ itu menggunakan joran memancing. Haiwan itu menggigit umpan, namun tidak berjaya ditarik keluar dari lubang jamba itu. Sehingga kini misteri haiwan jenis apa di dalam itu belum terungkai.
Kejadian ini turut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, yang rata-ratanya meluahkan rasa takut untuk menggunakan mangkuk tandas selepas ini.
“Macam mana kalau tengah buang air besar lepas ini, dia gigit kita,” komen Put.
“Habislah bang, kalau dah bagi makan, abang dah ada haiwan peliharaan baharu,” usik Paprika.
“Belum siap buang air, dah kena tarik,” ujar Elfy.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Negara tetangga pasti iri.
Negara tetangga pasti ketar ketir.
-Konoha- |
|
|
|
|
|
|
|
Apalagi ambil asid sulfurik simbah |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 18-12-2024 01:28 AM
Hoi..seram..ape tu weh
Ikan keli makan taik babi |
|
|
|
|
|
|
|
my dirty mind terfikir itu hanyalah "sisa kumbahan" stok smlm. huwaaaaa. ngeri siot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|