CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32815|Reply: 0

RCI Batu Puteh: Mereka berbohong, saya malu – Tun M

[Copy link]
Post time 17-12-2024 09:19 PM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui malu dengan kenyataan dikeluarkan bekas tiga anggota Kabinetnya berhubung isu Pulau Batu Puteh.


Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketiga-tiga individu itu ternyata berbohong selepas mendakwa keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri.


“Saya rasa malu. Kerana orang ini duduk di bawah saya dulu masa dalam Kabinet saya tapi mereka membohong,” katanya ketika ditemui selepas melepaskan konvoi misi bantuan pasca banjir Kedah dan Perlis, di sini hari ini.


Katanya, beliau menegaskan keputusan berkaitan Pulau Batu Puteh itu dibuat mengikut peraturan dan undang-undang serta tidak bersendirian.


Dr. Mahathir berkata, pendedahan minit mesyuarat pada 23 Mei 2018 jelas menyatakan dakwaan dibuat tiga bekas anggota Kabinetnya itu sama sekali tidak benar.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.040104 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list