View: 34215|Reply: 8
|
PU Azman kena jel 7 tahun, mengaku amang dua remaja
[Copy link]
|
|
SEREMBAN – Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau PU Azman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki dua tahun lalu.
Hakim Datin Surita Budin membuat keputusan itu selepas Azman, 43, mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan tersebut. Tertuduh juga kelihatan tenang sepanjang prosiding berkenaan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti fakta kes dan faktor pemberatan selain rayuan yang dikemukan kedua-dua belah pihak serta mengambil kira kepentingan awam melebihi faktor peribadi.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan bagi tiga pertuduhan dan lima tahun penjara dan satu sebatan bagi satu lagi pertuduhan kes amang seksual fizikal.
Bagaimanapun, hukuman penjara itu diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh dijamin pada 9 Oktober lalu.
Mahkamah menetapkan Azman menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa lelaki berusia 16 dan 17 tahun di sebuah rumah di Nilai dekat sini pada 5 Februari dan 6 Julai 2022 antara pukul 8.30 malam hingga 5 pagi.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah ketika rayuan memberitahu, anak guam mereka seorang duda dan brgelar pendakwah selebriti dengan pendapatan diperoleh hasil berkongsi ilmu agama.
Info kes PU Azman:
27 September 2024
Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman 24 tahun penjara dan dua sebatan atas dua pertuduhan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada 2022
6 Disember 2024
Mahkamah Majistret Klang menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki pada 2022
17 Disember 2024
Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dan dua sebatan atas empat pertuduhan pindaan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki di Nilai.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian parents yg dah tua dapat malu & susah...
Semuga mangsa2 diberikan kaunselling & dapat 'sembuh' dari trauma ini.
Kes dewasayu terus senyap ke?#tanyajer |
|
|
|
|
|
|
|
Byknya hukuman penjara dia kena eh
Mula2 24 tahun, pastu 14 bulan kendian 7 tahun
So total lebih drpd 30 tahun
Tp lepas tolak cuti umum agaknya tinggal berapa tahun 25 atau 20 tahun?
Kot berkelakuan baik sap sup sap 5 tahun je kot |
|
|
|
|
|
|
|
Shayang replied at 18-12-2024 06:35 AM
Byknya hukuman penjara dia kena eh
Mula2 24 tahun, pastu 14 bulan kendian 7 tahun
So total lebih drp ...
Berderet kes2 dia nie....ada lagik ke kes dia nie yg belum dibicaraksn?
awat ostad, pu,daie, ostajah senyap je tak de komen2?
Kes dia dah selesai, dewasayu yg kes naik dulu lum selesai |
|
|
|
|
|
|
|
Shayang: Byknya hukuman penjara dia ken ...
Ada orang cakap cara kira tahun penjara ni siang dan malam. Maksudnya siang sehari, malam sehari. Kiranya seharian 24 jam kita yang normal ini jadi 2 hari kalau di penjara.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|