CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25079|Reply: 0

[Sarawak] NSJA anjur kempen derma darah pada 1 Januari depan

[Copy link]
Post time 17-12-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Sebagai pembuka tirai tahun baharu 2025, Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) menganjurkan kempen derma darah pada 1 Januari depan.

Pengerusi penganjur Andy Jong berkata kempen itu dengan kerjasama Kelab Sosial MiriFm dan Shun Shen Lee Trading Miri diadakan di ruang pameran, Aras 3, kompleks beli-belah di sini mulai jam 9.30 pagi hingga 1 petang.

"Pada kempen kali ini, kita menyasarkan untuk mengumpul sebanyak 100 pain darah.

"Justeru, saya menggesa semua penduduk di bandar raya ini bersama tampil menderma darah sekali gus membantu Tabung Darah Hospital Miri mendapatkan bekalan darah mencukupi untuk kegunaan pesakit pada bila-bila masa," katanya.

Menurutnya, setiap penderma darah yang layak menderma menerima sebuah beg cenderamata berisi satu kampit beras (5 kilogram), peket angpau, kalendar 2025 serta sijil penghargaan dan berdasarkan 'siapa cepat dia dapat'.

Andy berkata, program amal itu turut mendapat sokongan Tabung Darah Hospital Miri, Bulan Sabit Merah Cawangan Miri, Hospital Miri, Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan kompleks beli-belah Boulevard Miri selaku penaja tapak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.157374 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list