CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11223|Reply: 55

242 minuman diformulasi semula kepada kurang gula - Dr Dzulkefly

[Copy link]
Post time 17-12-2024 09:10 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Sebanyak 242 produk minuman telah diformulasi semula kepada kurang gula untuk dijual di pasaran Malaysia di bawah Inisiatif Healthier Choice Logo (HCL) susulan pelaksanaan cukai terhadap minuman bergula.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia hasil Kajian Penilaian Impak dan Keberkesanan Pengenaan Cukai Terhadap Minuman Manis Bergula di Malaysia yang dijalankan pada 2022, dua tahun selepas pelaksanaan cukai itu pada 2019.


"Syarikat pengeluar minuman manis bergula telah mengubah formulasi produk mereka kepada minuman kurang gula bagi mengelakkan membayar cukai terbabit," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara semalam.


Beliau menjawab soalan Senator Susan Chemerai Anding mengenai keberhasilan yang dicapai melalui pelaksanaan cukai gula oleh kerajaan dan sama ada ia dapat memberi kesan positif kepada impak kesihatan awam.


Dzulkefly berkata hasil kajian yang dikeluarkan tahun ini turut mendapati pengenaan cukai sebanyak 40 sen seliter telah memberi sedikit kesan, iaitu hanya membabitkan 2.24 peratus kenaikan harga pasaran bagi minuman bergula berbanding 8.83 peratus jangkaan awal.


Apa yang lebih menarik ialah impak berikutan pengenaan cukai ini menunjukkan pengurangan pengambilan minuman bergula dalam kalangan remaja, iaitu daripada 36.9 peratus kepada 16.4 peratus.


Golongan muda dan berpendapatan rendah B40 merupakan pengguna tertinggi dan paling banyak berbelanja untuk minuman manis telah menerima impak positif daripada pelaksanaan cukai ini, katanya.


Dzulkefly berkata hasil dapatan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022: Tinjauan Kesihatan Remaja menunjukkan penurunan prevalen pengambilan minuman berkarbonat sekurang-kurangnya sekali sehari, iaitu daripada 36.9 peratus pada 2019 kepada 32.4 peratus pada 2022.


Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan impak lebih positif dan signifikan akan diperoleh khususnya dalam pengurangan pengambilan minuman bergula dalam kalangan masyarakat dengan pengenaan cukai kepada 90 sen per liter seperti yang diumumkan oleh kerajaan. – BERNAMA


Sumber – BH ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 09:17 AM | Show all posts
Aku menyampah betul klu pegi kedai oder air kurang manis pun tetap manis jugak. korang ni dah kenapa tk reti2 nak buat air kurang manis. pastu memekak gula mahal susu mahal pastu naikkan harga minuman
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
NO ADDED SUGAR......
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 17-12-2024 09:17 AM
Aku menyampah betul klu pegi kedai oder air kurang manis pun tetap manis jugak. korang ni dah kenapa ...

Lain kali bila order cakap no sugar ...dan kau bawak sendiri sachet gula dari rumah...kalau dah jenis cerewet nak mamps...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 09:28 AM | Show all posts
Aku suka Milo tanpa gula..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 09:31 AM | Show all posts
Kena kurangkan lah sbb sugar tax mahal nak mamposss...dah la kira by gram bukan kg. Pandai sgt nak ambil banyak. Gomen korang dah sesak sangat sekarang

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2024 10:03 AM | Show all posts
agaknya, guna chemical yang manis, tapi nama checmical tidak register lagi? macam tu ka? soalan ini bukan tuduhan, pertanyaan umum.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 10:21 AM | Show all posts
Biasanya minuman yg katanya less sugar atau formulated sugar lagi mahal dari yg biasa sebab additional process requirements. So get ready kenaikan harga.

Yang aku hangin, minuman biasa yg ada gula tapi rasa kurang gula. Harga camtu gak. Ada aje nak kelepet senyap2. Dasar kapitalist..Ciss..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih sbb buat air Coke zero.

Skang klu g starbucks pn oder ice GTL no syrup/ sugar… tq to adik barista kt airport subang yg suggestkn sbb dorg tukar powder GT yg bru..

Tp klu air kt bungkus kaw2 xberapa sgt ye klu ambil sugar 25%…yg 50% is ok.
Sekian drpd insan yg manis, eh pemanis
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 10:39 AM | Show all posts
Skrg bersepah makanan2 viral gula tinggi.
Kurangkan gula dlm minuman tukar pulak ke makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sdpnya milo ais kaw..
i xtau la nape suka sgt i milo atau choxolate skrg..pdhl i xsuka chocolate..selalu i sedelah je chocolate kt org kalau i dpt hadiah..
tp skrg cukup suka i milo..nngissss..smlm i kuatkn iman..xnk terbabas ...sbb i nk smbg diet ...lg 4kg nk 49kg
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu usaha kurangkan gula..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 17-12-2024 10:41 AM
sdpnya milo ais kaw..
i xtau la nape suka sgt i milo atau choxolate skrg..pdhl i xsuka chocolate..se ...

Selamat potong kaki
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam nasi ada gula, dalam roti ada gula, dalam tepung ada gula, dalam biskut ada gula, kenapa tak puji kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 17-12-2024 10:47 AM
Selamat potong kaki

seramm..wiken je blh kn
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 10:55 AM | Show all posts
gula menyebabkan keradangan pada saluran darah
kolestrol pula mebaiki keradangan pd saluran darah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 11:21 AM | Show all posts
tbh, nak cut sugar tu memerlukan keimanan yg sgt tggi serta tebal. kalau iman senipis kulit bawang, maka akan tersekatlah di skala ke-6 utk katakan TIDAK kepada gula. fuh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 11:34 AM | Show all posts
Edited by nazzse at 17-12-2024 03:36 AM

dah register and dah lama dalam market pun. Tukar guna sweetener like sucralose, fructose or monk fruit. Selama ni boleh boleh buat but tak buat sbb costing, gula berapa ringgit je sekilo. Fyi gula tebu lagi sedap & have better aftertaste,customer acceptance lagi tinggi. If guna sweetener aftertaste tak sedap & tak clean, costing plak mahal.
Low sugar hanya kurangkan kalori, tak kurangkan risiko pun. Sedia untuk bayar mahal jgk.Manufacturer nak cover sugar tax yg dicharge ke atas mereka.

shamsadis: agaknya, guna chemical yang manis, tapi nama checmical tidak register lagi? macam tu ka? soalan ini bukan tuduhan, pertanyaan umum.


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 12:50 PM | Show all posts
nazzse replied at 17-12-2024 11:34 AM
dah register and dah lama dalam market pun. Tukar guna sweetener like sucralose, fructose or monk fr ...

betul chuols. gula tebu punya taste memang lagi sedap. cuba substitute dgn artificial sweetener, feel tak sampai. huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
K-Americano tealive sedap chuols!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.307766 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list