CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38537|Reply: 2

Malaysia, Brazil guna peluang ASEAN, BRICS perkukuh kerjasama strategik

[Copy link]
Post time 16-12-2024 07:54 PM | Show all posts |Read mode





RIO DE JANEIRO: Malaysia dan Brazil bersetuju untuk memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka peluang baharu melalui platform ASEAN dan BRICS.


Ia sebagai langkah memperluaskan kerjasama strategik serta memperkukuh pengaruh dalam arena antarabangsa.


Keputusan itu dicapai menerusi pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva di sela-sela Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro, hari ini.


Pertemuan itu turut meraikan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, yang berasaskan nilai bersama seperti keamanan, kerjasama, dan pembangunan lestari.


Dalam perbincangan, kedua-dua pemimpin mengalu-alukan potensi kerjasama pada 2025, ketika Malaysia mempengerusikan ASEAN dan Brazil mengetuai BRICS serta COP30.


Kerjasama berkenaan dijangka membuka peluang untuk menggabungkan kekuatan kedua-dua negara, khususnya dalam perdagangan, pelaburan, dan teknologi.


Malaysia dan Brazil turut menyatakan komitmen untuk menyokong sistem multilateral yang lebih demokratik, telus, dan seimbang, mencerminkan realiti politik serta ekonomi abad ke-21.


Anwar dan Lula da Silva menekankan kepentingan memperluaskan perdagangan dua hala dan aliran pelaburan sebagai pemacu pembangunan ekonomi kedua-dua negara. Mereka turut bersetuju bahawa perjanjian pelaburan dua hala mampu meningkatkan hubungan ekonomi dan menjadikan kedua-dua negara rakan dagangan strategik.


Antara sektor yang menjadi tumpuan ialah industri semikonduktor, dengan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai sebelum ini membuka jalan untuk dialog lebih intensif antara kerajaan, sektor swasta, dan institusi penyelidikan.


Sebagai negara megadiverse, Malaysia dan Brazil turut menyokong pengiktirafan mekanisme Tropical Forest Forever Facility (TFFF) yang diperkenalkan Brazil di COP28. Kedua-dua negara berhasrat untuk bekerjasama dalam merangka mekanisme ini menjelang pelancarannya di COP30 di Belém, Brazil pada 2025.


Dalam konteks tenaga, kedua-dua negara menyatakan sokongan terhadap usaha peralihan tenaga yang adil, dengan mengambil kira keperluan negara membangun, sambil meneroka potensi biofuel sebagai langkah mengurangkan karbon dalam sektor pengangkutan.


Malaysia dan Brazil turut menyuarakan keprihatinan terhadap konflik di Gaza, menegaskan keperluan gencatan senjata segera, dan menuntut akses kemanusiaan kepada rakyat Palestin.


Dalam usaha memperkukuh hubungan, kedua-dua pemimpin menyambut baik kerjasama melalui Perkongsian Dialog Sektoral ASEAN-Brazil, yang menyediakan rangka kerja untuk inisiatif praktikal dalam pelbagai bidang.


Anwar turut menjemput Lula da Silva untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan di Kuala Lumpur pada 2025 sebagai tetamu istimewa Malaysia. Jemputan itu disambut baik oleh Presiden Brazil, menandakan permulaan baharu dalam hubungan strategik antara Malaysia dan Brazil.


Dengan kesepakatan berkenaan, Malaysia dan Brazil mengukuhkan komitmen untuk menerajui perubahan global melalui kerjasama erat, sekali gus memanfaatkan kedudukan strategik masing-masing dalam ASEAN dan BRICS.






Sumber – BH ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada hati nak sertai BRICS lah kuhnun, padahal baharu tengok papan tanda berbahasa cina jah pun dah risau gelabah tetek pelbagai
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 10:21 PM | Show all posts
di sela-sela Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro, hari ini.
Baru tadi baca benang dari TT, PMX lancarkan Proton eMas, so PMX skrg ada di Malaysia ka Brazil?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 1.177731 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list