CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66202|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hujan lebih sejam, banjir kilat halang laluan sekitar Bayan Lepas, Bayan Baru dan Relau

[Copy link]
Post time 14-12-2024 12:07 AM | Show all posts |Read mode
Hujan lebih sejam, banjir kilat halang laluan sekitar Bayan Lepas, Bayan Baru dan Relau

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 13, 2024 @ 8:59pm [email protected]





Sekitar banjir kilat menenggelamkan beberapa laluan di sekitar Pulau Pinang hari ini. - Foto tular




BAYAN LEPAS: Hujan lebat lebih sejam jam menyebabkan beberapa laluan sekitar Bayan Baru, Relau dan Bayan Lepas, di sini, dilanda banjir kilat.

Antara laluan terbabit ialah Jalan Mayang Pasir, Jalan Mahsuri, Jalan Tun Dr Awang, Sunway Tunas dan Jalan Relau.

Banjir kilat berlaku pada waktu puncak menyebabkan kesesakan apabila beberapa kenderaan terpaksa berhenti di bahu jalan berikutan bimbang untuk meredah air.

Pemilik bengkel dan alat ganti kereta, Wong Wei Chun, berkata air banjir mula memasuki premisnya di Jalan Mahsuri jam 6.30 petang.

"Kali terakhir premis ini digenangi air pada September lalu dan ia berlaku dua kali dalam sebulan.

"Ketika itu kerugian dialami lebih RM6,000 untuk setiap kali kejadian.

"Hari ini air meningkat hingga paras lutut (mencecah 0.7 meter) dan menenggelamkan tayar kereta," katanya ketika dihubungi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol berkata banjir kilat berlaku susulan keadaan paras air sungai yang tinggi dan longkang tersumbat dengan sampah.


Sekitar banjir kilat menenggelamkan beberapa laluan di sekitar Pulau Pinang hari ini. - Foto tular


"Saya dan kakitangan pejabat turut meninjau di beberapa lokasi dan paling terkesan ialah di Persiaran Mahsuri, Sunway Tunas dan Spice Arena (Jalan Tun Dr Awang), namun di beberapa lokasi air sudah surut selepas 45 minit.

"Kita sedang menunggu projek tebatan banjir yang akan berjalan bila-bila masa dan diharap ia dijalankan segera bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Video dan gambar kejadian turut tular di media sosial, dikongsi pengguna jalan raya yang terkandas ketika waktu puncak.

Difahamkan, sekitar lokasi berkenaan sering dinaiki banjir kilat setiap kali hujan lebat, sejak lapan tahun lalu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1336666/hujan-lebih-sejam-banjir-kilat-halang-laluan-sekitar-bayan-lepas





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.068823 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list