CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52879|Reply: 4

[Pulau Pinang] Caj tempat letak kereta di Seberang Perai naik 100 peratus awal tahun depan

[Copy link]
Post time 13-12-2024 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Caj tempat letak kereta di Seberang Perai naik 100 peratus awal tahun depan

Oleh Nur Izzati Mohamad - Disember 13, 2024 @ 3:16pm [email protected]





Gambar hiasan




BUKIT MERTAJAM: Kadar caj tempat letak kereta (TLK) bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) naik sehingga 100 peratus berkuat kuasa 1 Januari tahun depan, selepas tiada kenaikan dibuat selama 29 tahun.

Susulan itu, pengguna yang membayar 40 sen untuk satu jam meletak kenderaan, perlu membayar 80 sen pada kadar baharu selepas ini, selain caj harian daripada RM3 meningkat kepada RM6 dan caj bulanan daripada RM75 kepada RM150 sebulan.

Bagi kadar TLK Langganan Tetap (Sewaan Petak Khas) pula, tiada perubahan dibuat dan masih kekal mengikut caj sedia ada iaitu RM200 sebulan yang masih dinikmati khususnya pemilik premis dan syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid, berkata kadar TLK sedia ada diguna pakai sejak 29 tahun lalu di bawah peruntukan Perintah Lalu Lintas Jalan (Letak Kereta Berkupon) MPSP 1995.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu tiada sebarang penilaian ke atas kadar caj semasa yang relevan untuk diguna pakai bagi penambahbaikan terhadap implikasi kutipan hasil MBSP yang boleh memberi nilai tambahan kepada pembangunan infrastruktur kemudahan awam, khususnya kemudahan TLK kepada penduduk Seberang Perai.

"Sehubungan itu, MBSP meneliti dan mencadangkan untuk pelaksanaan kadar caj baharu TLK bagi seluruh kawasan Seberang Perai bermula 1 Januari 2025.

"Cadangan itu dibuat menerusi beberapa justifikasi, antaranya cadangan kenaikan kadar caj baharu TLK ini membabitkan penilaian kajian pasaran yang dilakukan pihak MBSP meliputi semakan ke atas pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia yang menguatkuasakan kadar caj TLK minimum yang masih relevan dengan kadar akan dikuatkuasakan oleh MBSP.

"Selain itu, pelaksanaan kadar caj TLK di kawasan MBSP sekarang adalah antara kadar caj masih rendah dalam kalangan PBT di Malaysia," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Baderul Amin berkata, kadar caj baharu itu digunakan untuk penyelenggaraan sistem tempat letak kereta di Seberang Perai dan bagi meningkatkan mutu sistem tempat letak kereta.

"Kadar caj baharu ini bukan untuk memberi keuntungan kepada MBSP, tetapi bagi menjadikan sistem tempat letak kereta di Seberang Perai lebih efisien dan memberikan faedah kepada penduduk.

"Pihak MBSP juga meneliti dan mengkaji trend orang awam menggunakan kemudahan TLK berbayar bagi kawasan TLK yang diwartakan MBSP iaitu kebanyakan mereka menggunakan kemudahan itu dalam tempoh terhad mengikut keperluan urusan di kawasan dituju.

"Bagaimanapun, pihak MBSP mengambil maklum perkara ini dan mewujudkan kadar baharu membabitkan tempoh penggunaan singkat iaitu 40 sen bagi setengah jam," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1336527/caj-tempat-letak-kereta-di-seberang-perai-naik-100-peratus-awal





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2024 04:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenaikan 100%
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2024 04:59 PM | Show all posts

klu utk sebulan mmg byk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu bole claim ok la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.337087 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list