CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10953|Reply: 0

[Perlis] Penjawat awam Perlis terima BKK RM2,000 daripada kerajaan negeri

[Copy link]
Post time 10-12-2024 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Penjawat awam Perlis terima BKK RM2,000 daripada kerajaan negeri

Aizat Sharif[email protected]




Mohd Shukri membentangkan belanjawan negeri 2025 pada Mesyuarat Keempat, Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN, Kangar. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR




Kangar: Penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM2,000.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata, ia selaras dengan Inisiatif 20 dalam Belanjawan 2025 Negeri Perlis membabitkan penjawat awam negeri itu.

"Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan negeri bersetuju memberikan BKK RM2,000 dengan implikasi kewangan RM2,834,000 kepada 1,417 penjawat awam negeri, termasuk kakitangan kontrak.

"Bayaran ini akan dibuat melalui dua kali pembayaran iaitu pada bulan ini (Disember) dan Mac tahun hadapan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Negeri Perlis pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis ke-15, di Kompleks Dun, di sini, hari ini.

Menurut beliau, bagi memastikan integriti penjawat awam sentiasa di tahap tertinggi, kerajaan negeri akan memperkukuhkan pelaksanaan program sedia ada dan pelaksanaan latihan berterusan kepada golongan berkenaan.

"Kerajaan negeri juga menyambut baik pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu, yang dijangka memberikan struktur gaji yang lebih adil dan kompetitif.

"Selaras dengan pelaksanaan SSPA berkuatkuasa 1 Disember lalu, penjawat awam akan memperoleh pendapatan minimum RM2,115 sebulan," katanya.

Beliau berkata, dengan perbelanjaan tambahan yang perlu ditampung oleh kerajaan negeri berjumlah RM4.3 juta, beliau berharap semua penjawat awam di Perlis akan terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.



Disiarkan pada: Disember 10, 2024 @ 2:08pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1164606/penjawat-awam-perlis-terima-bkk-rm2000-daripada-kerajaan-negeri




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052951 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list