Anwar saksi perjanjian pembinaan 38,000 unit Rumah Mampu Milik MADANI di Pulau Pinang
Oleh Zanariah Abd Mutalib - Disember 10, 2024 @ 1:26pm[email protected]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI, hari ini.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, hari ini, menyaksikan pemeteraian Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI, membabitkan pembinaan hampir 38,000 unit kediaman, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM13 bilion di Pulau Pinang.
Disifatkan sebagai nilai pembangunan terbesar bagi rumah mampu milik dalam sejarah negara, projek usaha sama antara Penang Development Corporation (PDC), PDC Properties (PDCP) dan SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) akan menawarkan harga rumah antara RM300,000 hingga RM420,000, yang mensasarkan golongan B40 dan M40.
Projek yang akan dibina di Batu Kawan dan Seberang Jaya itu akan turut dilengkapi dengan kemudahan, seperti kolam renang, gimnasium, dewan serbaguna dan taman permainan.
Yang turut hadir menyaksikan pemeteraian perjanjian itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1335060/anwar-saksi-perjanjian-pembinaan-38000-unit-rumah-mampu-milik-madani
|