CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: choolakaw

KL GANGSTER [TAYANGAN MULAI 9 JUN 2011]

  [Copy link]
Post time 27-5-2011 07:18 AM | Show all posts
Movie Review : KL GANGSTER

Selepas kejayaan filem Khurafat, sekali lagi Syamsul Yusof bakal muncul dengan karya terbarunya, KL GANGSTER. Turut membintangi watak utama dalam KL Gangster ialah Aron Aziz, Adi Putra, Sofi Jikan dan Zizan.

Filem arahan Syamsul Yusof kali ni memberi sedikit kelainan kalau dibandingkan dengan filem-filem arahannya sebelum ini. Sepanjang tayangan KL Gangster, tiada satu pon scene yang melibatkan adegan cinta. Daripada awal sampai ke akhir, kalau takde scene tumbuk dada, sepak betis, kompom ada scene tumbuk sampai pecah muka.


Meh aku kasi sinopsis sikit pasal KL Gangster nih.

KL Gangster mengisahkan tentang dua beradik yang terjebak dalam dunia gangster akibat kesempitan hidup, seorang bernama Malik(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra). Malik dipenjara akibat dikhianati oleh ahli kumpulannya sendiri didalangi oleh Shark(Syamsul Yusof) iaitu anak tiri kepada ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL, King(Rizuan Hasim). Selepas 5 tahun, Malik dibebaskan dan bertekad untuk 'cuci tangan' daripada aktiviti gangster. Malik ditawar untuk menyertai kembali geng King, dalam masa yang sama Shark cuba menghapuskan Malik dengan pelbagai cara termasuk menggunakan Jai untuk menghapuskan abang kandungnya sendiri. Jai yang merupakan gangster dan geng kepada Dragon(Adam Korie) mula berpaling tadah, dan menyertai geng Shark akibat tawaran wang ringgit yang lebih tinggi daripada apa yang diberi oleh Dragon.  

King tidak berpuas hati dengan sikap Shark yang selalu mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan kongsi gelap lain. Shark dibuang daripada menjadi ahli kongsi gelap King. Shark yang tidak dapat dikawal lagi, mengamuk sakan dan membunuh Fadil(Zizan) dan mula berdendam dengan bapa tirinya sendiri, King dan Malik. Baginya, Malik adalah punca segalanya. Dari sinilah bermulanya konflik antara kesetiaan keluarga dan kumpulan, nyawa dan juga harga diri. Malik berjuang demi mempertahankan keluarganya, rakan yang setia dan juga maruah harga diri.

Untuk kesudahannya, aku rekemenkan korang pergi menonton sendiri KL Gangster yang bakal ditayangkan pada 9 Jun 2011. Series best untuk filem Melayu genre filem aksi. Pure filem aksi, 95% adegan bertumbuk akibat ikutkan nafsu amarah dan tamak.


Biasanya, untuk filem aksi, apa yang aku titikberatkan ialah kualiti scene shot aksi yang dipersembahkan. Dah namanya aksi kan, sure la pergerakannya laju kan. Untuk KL Gangster, 95% aku berpuas hati. Setiap tumbukan, sepakan, penampor ke aku leh nampak dengan jelas. Maknanya, imej tak blur dan menyakitkan kepala hotak bila ko fokus masa scene ngah gaduh atau bertempur,


Salah satu lagi kekuatan filem KL Gangster ialah lawak oleh Zizan. Walaupun memegang watak Abang Long Fadil, tapi sikapnya yang gila-gila dan konon-kononnya gangster hebat, membuatkan jalan citer filem ni tidak terlalu series. Buhsan gak kalo the whole citer, asik pasal kongsi gelap, gangster, gaduh, penumbuk je kan. Bijak strategi production yang menggunakan Zizan Raja Lawak untuk menaikkan mood penonton.


Mungkin ada yang mempersoalkan penggunaan bahasa yang kasar dalam KL Gangster, tapi bagi aku, itu bukan satu isu yang besar sebab pengarah cuba menonjolkan kisah sebenar kehidupan gangster & kongsi gelap. Kalau tak, takke pelik lak, lepas tumbuk sampai pecah muka kawan tu, cepat-cepat angkat membe tu sambil hulur tangan buat-buat baik, " Awak ok ke? Saya tak sengaja, kenapa awak tidak mengelak?. Mari saya bawak awak pergi klinik"..eihh tak sesyuai okkey..


Untuk overall, aku leh cakap filem ini berbaloi untuk ditonton. Dan apa yang dipaparkan adalah realiti sebenar dunia gangster di luar sana. Jadi, guna akal otak di kepala atas, bukan di kepala bawah, dan nilai sendiri mana yang buruk, mana yang baik.

" Abang besar sudah keluar, gua ingat lu sudah mampos "


Review KL Gangster ini terhasil selepas 'pratonton untuk media&blogger kacak' yang diadakan pada hari Isnin, 23 Mei 2011 di Cathay Cineplexes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 10:17 AM | Show all posts
ayooooooo ko dah citer ,jalan citer dah tak best la nk tengok
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 04:33 PM | Show all posts
biasanya samsul ni filem dia, jalan cerita best
-cuma lakonan dia tu kaku
-antara produksi2 filem yg jadi pilihan aku ialah skop arahan samsul, kru dah kureng la sikit, dan metrowealth tu lg la kurang pasal dvid teo mcm nampak $$$$ je, jalan cerita ntah ke mana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 08:50 PM | Show all posts
review awal pown bagus....hope filem nih berjaya....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 03:25 AM | Show all posts
Member aku dah tgk masa preview cerita ni. Katanya cerita ni gempak gila. Dia duduk dkt2 dgn Lisa surihani minat tu sanggup tahanan kencing sampai hbs cerita sebab layan sgt! Hehehe.. Siapa yg anti Samsol pegilah tgk sbab dgr kata Samsol bkn hero tp mangsa belasahan Aaron ampai pecah2 muka dan lakonan dia pon lain mcm skit x kayu kayangan mcm dulu2 dgn ending dia tuuuutt.. Maleh aku nk cerita kang potong stim korang lak.

Aaron dan Adiputra gaduh pon best katanya, Zizan plak mcm biasa badut terhormatla kan dan
Sofi jikan punya lakonan mantap gila. Ntahla aku pon dgr cerita org je nanti dah kuar review kt sini barula pikir2 nk pergi tgk ke tak. Kalau review korang hancus mcm kongsi wa layan YouTube jela. X buang duit dan masa aku kalo cun br pi tgk kot... ;p

P/s : br tgk kongsi td.... Betul la apa korang ckp, mmg x best lansung!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 01:40 AM | Show all posts
si samsul bgth yg citer nih no cintan2.....
lagipun cam tak de pun watak pompuan utama

just waiting 4 aaron --- he's play samseng / gangster 'yg jahat sikit je' katanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2011 12:33 PM | Show all posts
menarik filem nie, mcm nk tgk kt panggung lak... sesiapa yg dudk melaka jom tgk filem nie sma3
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 01:41 PM | Show all posts
sy tak berapa gemar la filem ala gangster bagai ni. tunggu link download ja la. tp mungkin film ni boleh dpt kutipan ok la. rakyat Malaysia esp remaja suka kan filem bgenre mcm ni kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2011 02:07 PM | Show all posts
laki aku x saba nak tgk cite ni...biasanya cite mesia ni dia x ingin nak tgk kat pawagam
tp cite ni dia kata mcm best je..based pd trailer kat tv
pastu aku cakap cite kongsi la best..mcm lawak
dia kata cite x best..huhuhu..padahal belum tgk pun lg
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 09:22 PM | Show all posts
tak sabar nak tengok...........selalu mesti ada Sam.  Ni  mesti Sam ada projek lain, terpaksa turn down acting in this movie
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 09:23 PM | Show all posts
harap2 skrip better than EKLD2..............sembilu sangat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 03:44 PM | Show all posts
lagu tema.. erm.. kurang sikit. tp okey laa~

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 01:02 AM | Show all posts
Yeke ini lagu tema dia? Cam x caya je...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 12:22 PM | Show all posts
not bad lgu tema..dengr2 lama cm ok lak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 01:12 AM | Show all posts
kat poster tgk muka samsul tak langsung sama cam selalu....hahahaha
tp salute gak dgn dia, terus berusaha gak & tak nak guna nama ayah dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 03:35 PM | Show all posts
mcm best je..leh ajak hubby p tgok nati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2011 04:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 04:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:32 AM | Show all posts
jangan dialog ala2 sembilu udoh laa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 10:42 AM | Show all posts
aku akan tgk movie ni sebab...... ada aaron n jijan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053442 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list