View: 37325|Reply: 12
|
’65 tahun jadi anak seni, ini anugerah pertama saya’ - A. Galak
[Copy link]
|
|
Sebak dan terharu, itu reaksi pelakon senior A. Galak apabila diberikan pengiktirafan menerima Anugerah Khas Sepanjang Zaman pada Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung di sini, hari ini.
Dalam ucapannya, A. Galak, 84, berkata, anugerah tersebut merupakan trofi pertamanya selepas 65 tahun bergelar anak seni.
“Syukur atas anugerah ini, saya ucapkan jutaan terima kasih. Ini kali pertama saya terima anugerah selepas 65 tahun bekerja dalam industri sejak Malay Film Productions Jalan Ampas, Singapura.
“Saya mula bekerja di Jalan Ampas pada usia 19 tahun sehingga studio tersebut ditutup pada tahun 1967 sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur dan mula berlakon di beberapa syarikat produksi Skop Production selama 40 tahun,” kata pemilik nama penuh Zakaria Ahmad itu.
Tambah bintang drama kepolisan popular, Gerak Khas itu turut menitipkan penghargaan kepada setiap individu yang pernah terlibat dalam kerjaya seninya selama ini.
“Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang memberi peluang kepada saya.
“Terima kasih banyak atas budi kalian dan akan saya kenang hingga akhir hayat,” ujarnya.
Menerusi pengiktirafan tersebut, A. Galam menerima wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Shayang at 9-12-2024 07:18 AM
Begitulaa
Ramai pelakon yg susah nak menang anugerah walau dia berlakon bagus sbb nya waktu filem/drama terbaik dia tu kuar tiba plak tahun takde FFM bagai atau masa tu ada pilem org lain yg lebih bagus masuk bertanding.
Manakala yg mana baru setahun jagung berlakon tp awal2 dh dapat anugerah maybetime dia tercalon tu calon2 lain biasa2 je.
Satu lagi walau pandai berlakon pun tp dapat skrip yg tak best atau berlakon bawah pengarah/penerbit yg gred E pun susah juga nk berpeluang menang.
Yaa la nk selektif pun takleh sbb periuk nasi kan, apa saja tawaran sauk jelaa walau pilem ntah apa2.
Beruntung la mana2 pelakon yg terpilih berlakon bawah pengarah2 gred A yg mana filem dia walau tak laku sgt kat panggung tp selalu menang anugerah sana sini baik di sini mahupun di pentas antarabangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
ayah iolss umur setahun, dia dah start kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
84 dah ya nampak sihat lagi
tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah, tahniah semoga sihat selalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah rezeki Allah beri. Tahniah!!! Watak polis misai paling sinonim dengan beliau kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mula bekerja di Jalan Ampas, mesti banyak pengalaman dan kisah suka duka yg dilalu sepanjang kerjaya beliau, kira level legend yg masi hdup ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|