View: 38903|Reply: 84
|
Saya nekad cerai kerana sudah tak tahan - Elliza Razak
[Copy link]
|
|
Sudah penat bertahan selama 12 tahun, penyanyi dan pelakon Elliza Razak, 40, bersyukur mendapat kekuatan untuk keluar daripada perkahwinannya yang penuh derita.
Kini bergelar ibu tunggal selepas bercerai pada Februari lalu, Elliza, 40, juga mengakui sepanjang tempoh perkahwinannya, dia kerap menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
"Jujur saya katakan selama 12 tahun bertahan (dalam rumah tangga), saya rasa lega sangat selepas bercerai. Saya sudah penat. Selama ini saya juga yang menanggung ekonomi keluarga.
"Ya, saya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Sebab itu juga saya nekad bercerai kerana sudah tak tahan. Punca saya mulakan proses permohonan cerai apabila dia ugut tidak benarkan saya berjumpa anak-anak.
"Saya jugalah mengambil peranan dalam menguruskan perbelanjaan keluarga sepanjang bergelar isteri," katanya ditemui pada majlis Suria 17, di sini, hari ini.
Elliza bercerai dengan Khairul Adzwan Nasir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari.
Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu paling risaukan nasib dua anaknya yang menyaksikan sendiri dia menjadi mangsa keganasan dan dipukul depan mereka.
"Mungkin sebelum ini saya bodoh kerana tidak buat laporan polis. Saya tak mahu dia ditahan. Saya juga fikirkan anak-anak. Tetapi selepas bercerai saya ada buat laporan supaya dia tidak boleh mengganggu saya dan anak-anak.
"Dalam tempoh idah pun dia pukul saya dan ketika itu anak kami nampak apa yang berlaku," dedahnya.
Kini semangatnya sudah kembali pulih untuk melakukan bidang diminatinya seperti aktif semula dalam dunia seni selepas sekian lama mendiamkan diri.
"Sekarang ini saya cari semula apa yang buatkan saya gembira. Syukur dapat bertemu dengan orang tepat untuk menguruskan perjalanan kerjaya seni," katanya yang baru-baru ini melancarkan lagu baharunya berjudul Urai.
Lagu ciptaan Iqie Hugh dan Omar K itu juga menurutnya sangat berkaitan dengan apa yang dilaluinya dalam tempoh perkahwinannya.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
silampumeja replied at 6-12-2024 10:01 PM
Sape elliza ni. Xingat
Elliza AF3..Adik Ellina "Berlalu lah sudah ramadhan".. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorang-sorang dedah jd mangsa DV ye |
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal tapi tahniah ler dh cerai |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenal, veteran AF lagi lah tak kenal. Apapun takziah la ye. Lepas zahnita baru deme2 ni berani muncul. Wanita mohon tak jadi bangang sbb suami taguna |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan pertama. Who ayusss?
|
|
|
|
|
|
|
|
Air muka she xbyk berubah. Peserta AF dlu. Dlu gosip dgn Kefli kan masa dlm AF |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah..bangkit terus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai dah ada kesedaran pasal dv. Tak perlu stay dlm perkahwinan toksik. Tak usah malu utk bercerai dan pegang title miss J |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni penah berlakon dulu2
Aku rasa zaman tiz zaqyah baru nak naik tu kan
Sekali ngan lydia ibtisam
Drama2 pendek kat tv3, yg pengarah dia tomboy tu aku lupa sapa tp geng2 buat cite gol n bincu tu |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua2 baru nak kuar gua menyanyi.. cari la keje luar yg stable gaji.. yg muda2 nyanyi pon terkandas kat tengah jalan
cemane la diorang ni dapat bertahan jadi punching bag berpuluh tahun.. aku kaki tersepak bucu pintu pon dah sakit giler.. ni kan pulak kena penumbuk penampar bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas laki dia ni redflag dari awal
Dua minggu je kenal terus ajak kahwin
Pastu masa deyols bercinta/bertunang sbnrnya laki ni ada awek lain
Tapi tak tahu kenapa Elliza nak jugak dgn mamat tu masa tu
Muka je mcm nerd tp perangai setan pun kalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak AF
Adik Ellina kain pelikat la la la la
|
|
|
|
|
|
|
|
Sape dia ni
Nampak nau iols tk follow budak2 AF |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 6-12-2024 11:48 PM
walau achik hoola dh lama mnjando, mkin lama mkin tkut tgk instusi pkhwinan
apa nk jd?walau xjd pd majority,tp kalu kwin seumpama menempah tiket ke neraka donia.apa tujuan bkhwin?????? |
|
|
|
|
|
|
|
red flag paling awal kena avoid utk dibuat laki
panas baran
naik tangan
kuat mencarut
takdanya dia nak berubah.
penat2 mak bpk besarkan elok
dpt kat laki tak guna merana hidup
pulak tu beranak pinak causing them also to inherit the trauma
kalo you sendiri ada childhood trauma
tolong pleaseeeeeeeee sgt2 seek help
heal yourself and then baru nak berlaki
tolonggggggg jadi bakal ibu yg bertanggungjawap bkn asal berlaki
boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni yg comel2 dulu tu eh. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi tudung tu oren sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah dah bercerai...
harap anak2 tak trauma tgk maknya kene tibai.
mujur la mudah jugak bercerai, dpt mcm laki zahnita tu jenuh nak lari smpai jd kes tu pun belum cerai lg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|