View: 9449|Reply: 13
|
Vivy Yusof dan suami mengaku tidak salah pecah amanah dana pelaburan PNB, Khazanah berjumlah RM8 juta
[Copy link]
|
|
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad berjumlah RM8 juta.
Vivy, 37, dan Fadzarudin, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
“Faham, tidak bersalah (mengaku tidak salah),” kata kedua-dua tertuduh secara berasingan ketika ditanya jurubahasa selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Pasangan itu didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet Sdn. Bhd. yang diamanahkan dana pelaburan Khazanah Nasional dan PNB melakukan pecah amanah dana pelaburan tersebut.
Kedua-dua tertuduh membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik FashionValet kepada syarikat 30 Maple Sdn. Bhd. tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah FashionValet.
Kesalahan dilakukan di Public Bank Berhad cawangan Bukit Damansara, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun hingga 20 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala pasangan tersebut diwakili peguam Ashok Athimulan.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pertuduhan ke atas Vivy dan Fadza membabitkan kerugian RM43.9 juta pelaburan Khazanah Nasional dan PNB dalam FashionValet.
Pada 28 November lalu, SPRM memaklumkan pihaknya melengkapkan kertas siasatan membabitkan pasangan suami isteri itu berhubung kes kerugian pelaburan berkenaan.
Terdahulu SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi agak mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan sejak 2018 sehingga 2023.
SPRM dilaporkan membuat rampasan kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB untuk membantu siasatan.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Tp muka suami dia nmpk mcm kesian.
Tapi Nasibla...kawin dgn org terlebih have mmg byk dugaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aikkk vavek pun kena guna translator?moga ko kena sebat |
|
|
|
|
|
|
|
kalo kesian anggap le kalo dia kena hukuman nanti.hukuman kat akhirat dia berkurang.kita belum tentu lagi.done mode setazah
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg suka kecam bangsa lain xpandai BM, silalah kecam kaw2 mamatmukamelayutotok ni. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree: Siapa yg suka kecam bangsa lai ...
Ada hikmah Allah jadikan muka dia hauk..
ini salah satu darinya |
|
|
|
|
|
|
|
Prnah masuk program asterok 'love vivy'..ketika itu br 2 ank..now dah tmbah 4 org.. Selamat berbicara buat kedua2nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
duit juta2 dah losap kena la buat wayang kang rakyat maros pulek |
|
|
|
|
|
|
|
geram aku tgk kebahagiaan mereka |
|
|
|
|
|
|
|
so funny that muka terpaling melayu, hidup pon kat Malaysia, makpak cakap melayu tapi berlagak tak reti cakap melayu, tak faham. lols. kalau baru jejak tanah melayu tu faham la jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Non bailable offences pun boleh bail eh...power betulll siayalan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Siap jurubahasa???
Sedih tgk org melayu xreti ckp melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka datuk memang muka seni pan Asia. Tapi dalam kategori abstract art yang susah orang nak faham. |
|
|
|
|
|
|
| |
|