CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6696|Reply: 9

Pernah jadi mangsa dera, Nelissa Nizam syukur ibu, bapa tiri bercerai

[Copy link]
Post time 5-12-2024 03:12 PM | Show all posts |Read mode






Pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang usia remaja, pelakon Nelissa Nizam percaya golongan isteri tidak seharusnya menjadikan anak-anak sebagai alasan untuk mempertahankan rumah tangga toksik.


Pemilik nama lengkap, Nelissa Adreena Nizam, 26, itu berkata, membiarkan diri dalam lingkungan toksik demi anak-anak merupakan hal yang tidak masuk akal dan mengundang natijah lebih teruk terhadap psikologi.


“Pada saya jangan jadikan anak-anak sebagai alasan mempertahankan perkahwinan toksik. Tiada guna kerana anak-anak juga akan mendapat kesan buruk dan mustahil untuk berasa bahagia sekiranya membesar dalam lingkungan sebegitu,” katanya kepada Kosmo! Online.


Pelakon filem Saka Perawan itu turut meluahkan harapan agar wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga berani untuk tampil dan berusaha menyelamatkan diri dan anak-anak.


  



“Saya mengharapkan kepada ibu di luar sana supaya memikirkan juga keadaan dan kesan kepada anak-anak. Jangan paksa mereka untuk membesar dalam keadaan sebegitu.


“Bagi saya menyelamat dan melindungi diri sendiri itu penting. Membesarkan anak sebagai ibu tunggal tidak akan melemahkan,” katanya.


Pelakon Saka Perawan itu juga menzahirkan kesyukuran apabila ibunyan sendiri sudah melakukan tindakan tepat sanggup melalui perceraian akibat tidak tahan lagi hidup di sisi suami kaki dera.


“Apa yang boleh saya katakan adalah perasaan sangat bersyukur kerana semua itu sudah berakhir dan kami sekeluarga tidak lagi berhadapan dengan pengalaman ngeri (penderaan) setelah ibu berpisah dengan bapa tiri beberapa tahun lalu.


“Dahulu kes keganasan rumah tangga ini tidak ramai yang ambil tahu atau peka terhadap persekitaran mereka. Begitu juga yang berlaku kepada saya dahulu apabila jiran saya tidak tahu apakah yang perlu mereka lakukan untuk membantu.


“Alhamdulillah selepas berpisah dengan bapa tiri, kami semua membesar dan belajar untuk hidup berdikari sendiri. Selepas tamat sekolah, kami adik-beradik saling membantu keluarga mencari wang untuk keluarga. Tidak menjadi masalah dan lihat sekarang, kami semua baik-baik saja,” katanya.


Terdahulu Nelissa mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak berusia kanak-kanak. Disebabkan pengalaman masa lalu juga, dia mengalami kesukaran melakonkan beberapa babak melibatkan penderaan fizikal ketika menjayakan penggambaran naskhah drama Bawah Payung Awan.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2024 04:30 PM | Show all posts
sAPO lak ni.. semua nak mencapub DV
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni berlakon bagus jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 5-12-2024 04:30 PM
sAPO lak ni.. semua nak mencapub DV

pelakon muda chuols.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ni belakon best sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sapo ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 5-12-2024 06:17 PM
dia ni berlakon bagus jugak..

Ya aku ada tgk cite yg Dibawah awan tu
Bagus yaa lakonan dia dlm tu Kak Nab pun ok
Memasing menjadi jaa watak org2 yg tinggal kat stingarden lorong gitu
Tahniah gak kat props manager, pakaian memasing sesuai dgn taraf hidup memasing dlm cite tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik por bodoh ckp klu DV ni anak xkena..yang kena pasangan je so ko kena pukul tu fitnah je la kan nel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 6-12-2024 07:16 AM
Ya aku ada tgk cite yg Dibawah awan tu
Bagus yaa lakonan dia dlm tu Kak Nab pun ok
Memasing menja ...

btul!!! Aku pun tgk ceta tu sampai abes.. aku tertanya2 gak sape dia ni sbb berlakon bagus, gedik ke, mintak simpati ke, psiko and jahat semua jadik ler.. adakah dia budak aswara???
mula2 tgk sbb watak amyza aznan, tapi tak sangka kak nab ngan ben tu pun pandai berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la dia jelaskan dr pengalaman sendiri as anak mangsa dv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 1.198701 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list