View: 35812|Reply: 31
|
Muhammad Zaharif patah tulang rusuk, hati pecah, paru-paru koyak - Pakar Perubatan Forensik
[Copy link]
|
|
IPOH – Pakar Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini memberitahu lapan tulang rusuk pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie patah dan sebahagian hatinya juga pecah.
Menurut Dr. Ain Nurfarhana Hamdan, 35, terdapat pengumpulan darah sebanyak 200 mililiter (ml) di kedua-dua rongga dada mangsa dan sejumlah 2000 ml darah ditemui di rongga abdomen pelajar terbabit.
“Pemeriksaan dalaman ke atas mangsa mendapati kedua-dua paru-paru mangsa mengalami lebam dan terdapat kesan koyak pada paru-paru kiri. Bahagian kanan hati mangsa juga pecah selain lebam di sekitar buah pinggang kanan dan kelenjar adrenal kanan,” katanya yang juga saksi pendakwaan ke-24.
Tambah Dr. Ain Nurfarhana, pemeriksaan kasar pada organ dalaman mangsa berdasarkan sampel tisu otak, jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan limpa pula mengesahkan tiada kejanggalan lain.
Sementara itu, pemeriksaan luaran yang dilakukan ke atas mayat pelajar tingkatan lima itu turut mengesan pelbagai kecederaan termasuk lebam, melecet, koyak dan calar di beberapa bahagian badan selain patah tulang proximal ulnar kanan dan tulang proximal jari kelingking kiri.
“Ringkasan dan kesimpulan yang saya buat hasil daripada pemeriksaan bedah siasat dilakukan ke atas mangsa ialah kesan kecederaan pada tubuh pelajar itu adalah berpadanan dengan corak kecederaan pelanggaran di jalan raya.
“Kecederaan pada bahagian dada dan abdomen mangsa adalah kecederaan parah dan menyebabkan kematiannya.
“Pemeriksaan bedah siasat tidak menunjukkan tanda penyakit biasa yang ditemui yang dilihat boleh menyumbang atau menyebabkan kematiannya pada masa itu,” katanya.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga keadilan buat arwah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hati pecah.. cedera sana sini..
Kejammnya ko lenyek dia mcm tu sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
baca statement pemeriksaan doc ni buat meol terasa takutnya laa haii..
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ringkasan dan kesimpulan yang saya buat hasil daripada pemeriksaan bedah siasat dilakukan ke atas mangsa ialah kesan kecederaan pada tubuh pelajar itu adalah berpadanan dengan corak kecederaan pelanggaran di jalan raya.
semoga lekat 302 smpai ke mahkamah rayuan & mahkamah persekutuan
|
|
|
|
|
|
|
|
checkmate.. ke dalam la polis tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Cepatla jatuh hukum utk keadilan kpd mangsa. Kalau aku ahli keluarga x sanggup dgr fakta dari doktor |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau akta JPJ, x yah mengharap sangat. Kalau 302 baru betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon cpt la jatuh hukummmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah arwah adalah anak aku.. Allahuakhbar... Semoga Allah ampunkan dosa2 arwah dan beroleh keadilan. Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon polis tu dilenyek jgk mcmane dia lenyek arwah...teruk sgt kecederaan arwah...polis ni hati dh hitam dan kering sgt ke sbb byk mkn duit haram...smp tergamak langgar manusia....kita ni nk langgar kucing pn tak sanggup...semoga sangkut 302 la ko polis lahanat |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak hukum mak ayah dia sekali sebab tak pandai jaga anak? Mujur mati awal, besar kalu jadi mat rempit. Budak sekolah lagi, mak ayah biar je anak pakai ekzos bising bingit. Rem2 dekat rumah takda siapa yang larang. Keluar rumah balik lewat pun takda yg tegur meskipun esok sekolah.
Mak bapak kakak nurse enabler mungkin?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni la cth polis2 x guna dlm pdrm. Ada rmi lg polis x guna dlm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sengaranya dia mati.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau la anak aku, InsyaAllah aku ajar dia jgn dok vrooom sana vrooom sini dulu supaya x menimbulkan sakit hati org lain. Org dah sakit hati ni mcm2 boleh jadi kat kita so 1st skali aku ajar anak aku behave dan x menyusahkan org lain dulu. Jenis x reti disiplin hidup akan mendapat pengajaran dlm bentuk mcm2 termasuk la yg mcm ni. Moga juga keadilan dpt ditegakkan dlm kes ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau takde kejadian ni, tengah sambung belajar STP ke asasi ke diploma ke dah dia sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
mak ayah tu dah dapat hukuman pon
anak dah mati
siap kena lenyek
hasil forensik tu pon dh bertmbh tmbh derita lagi hati mak ayah
nk hukum cemana lagi?
yg polis tu?
apa hak dia nk lenyek anak org?
yakin ke anak dia besar nnt tak annoyed masyarakat jugak yg sukati nk hukum nk lenyek anak org
budak tu rempit yg polis tu membunuh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|