View: 34434|Reply: 4
|
NGO buat laporan polis terhadap blogger kontroversi didakwa fitnah PM
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Sebuah gabungan 50 badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) membuat laporan polis terhadap penulis blog kontroversi yang didakwa memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pelaburan di beberapa negeri dan menjejaskan reputasi kredibiliti kerajaan MADANI.
Pengerusinya, Mustapa Mansor, berkata penulis blog itu menerusi perkongsian video di laman sosial membuat kenyataan menuduh Anwar melakukan sabotaj terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pelaburan di negeri itu.
Beliau berkata menerusi video itu, penulis blog lelaki itu turut mendakwa Perdana Menteri mengugut pelabur untuk tidak melabur di Kelantan, Terengganu dan Perlis.
"Kami mahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap penulis blog itu," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan menerima laporan tersebut.
Terdahulu muncul satu video berdurasi 11 minit 23 saat yang disyaki dimuat naik penulis blog tersebut di media sosial yang mendakwa Anwar cuba mensabotaj Muhammad Sanusi itu supaya pelabur keluar dari Kedah. – BERNAMA
Sumber :– Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
cian blogger, dia cari rezeki je |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ternanti-nantikan NGO penjilat buat report polis ke atas Sepol Bukhari, pegawai2 polis, pegawai2 AG Chambers dan hakim-hakim yg berkonspirasi memfitnah Nuar meliwat jubur Sepol...
Nak tunggu Nuar sendiri buru penjahat2 yg memfitnah dia sehingga merengkok bertahun2 dalam penjara, memang takde la kan.... Kita semua tahu kenapa, lebih2 lagi Nuar tengah enjoy kerusi empuk PM. So apa perlu diusik pandora box tu lagi. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|