CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49419|Reply: 0

[Pulau Pinang] Saman fitnah isu jual tanah PDC: Kon Yeow menang, taikun diperintah bayar ganti rugi RM350,000

[Copy link]
Post time 3-12-2024 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Saman fitnah isu jual tanah PDC: Kon Yeow menang, taikun diperintah bayar ganti rugi RM350,000

Siti Aminah Mohd Yusof - Disember 3, 2024 @ 11:18am[email protected]




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kanan) dan Tan Sri Tan Kok Ping.




GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan tuntutan saman Ketua Menteri, Chow Kon Yeow terhadap Tan Sri Tan Kok Ping atas kenyataan Presiden Kehormat Seumur Hidup Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC) itu berhubung isu penjualan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Byram, Batu Kawan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Quay Chew Soon dalam prosiding secara maya menerusi aplikasi Zoom, berkata mahkamah membenarkan saman itu dengan ganti rugi RM350,000 bersama kos RM50,000 selepas mendapati Kon Yeow berjaya membuktikan kes terhadap Kok Ping.

Prosiding turut disertai peguam, Datuk K Kirubakaran, Kek Boon Wei dan Lee Wen Qian bagi pihak Kok Ping, manakala Simon Murali dan Kok Yuen Lin mewakili Kon Yeow.

Dalam penghakiman penuhnya, beliau berkata, plaintif berjaya membuktikan kes fitnah berdasarkan tiga elemen utama, iaitu kenyataan dalam bahasa Mandarin dikeluarkan Kok Ping pada sidang media 27 September 2023 jelas merujuk kepada plaintif, mengandungi unsur fitnah dan telah disiarkan secara terbuka.

"Defendan memberi penekanan terhadap kedudukan plaintif secara khusus sebagai ketua menteri dalam kenyataan tersebut. Dalam hal ini, plaintif mengetuai pentadbiran awam di Pulau Pinang dan adalah penting bagi ketua menteri untuk memiliki watak yang tiada cela dan dengan tahap integriti yang tinggi.

"Beliau mesti dilihat oleh masyarakat sebagai seorang yang berkemampuan dan bijaksana dalam melaksanakan tugas dan mesti dihormati. Oleh itu, apabila seorang tokoh berpengaruh seperti defendan menuduh plaintif tidak cekap, tidak berpengetahuan dan tidak tahu malu, tuduhan itu berpotensi merosakkan reputasi plaintif," kata Chew Soon.

Pesuruhjaya Kehakiman berkata, sidang media oleh Kok Ping adalah berkenaan Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) Taman Perindustrian Batu Kawan 2 (BKIP2), namun pada waktu sidang media itu diadakan, JDA berkenaan sudah ditamatkan.

"Orang ramai tiada kepentingan undang-undang, moral atau sosial terhadap perkara berkait peristiwa lampau, tiada kewajipan untuk memaklumkan kepada umum mengenai perkara yang tidak lagi wujud.

"JDA itu dibatalkan dan PDC telah memulakan pendekatan yang berbeza selaras kehendak Dewan (PCCC)," katanya.

Menurut Chew Soon, plaintif memohon ganti rugi RM300,000 bagi setiap tujuh penerbitan yang menyiarkan kenyataan defendan, iaitu enam akhbar berbahasa Mandarin dan satu akhbar berbahasa Inggeris berjumlah keseluruhan RM2.1 juta.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah tidak menyokong pemberian ganti rugi berasingan, mengambil kira keseluruhan faktor seperti skala penerbitan, kedudukan plaintif dan keseriusan fitnah terbabit, juga tiada ganti rugi teruk kerana tiada bukti defendan mendapat keuntungan daripada kenyataan itu.

Menurutnya, mahkamah juga tidak mengarahkan Kok Ping memohon maaf kerana defendan tidak menunjukkan keinginan berbuat demikian selepas mengemukakan pembelaan justifikasi dan bertegas bawah kenyataannya adalah berasas.

"Keinginan untuk memohon maaf haruslah ikhlas dan lahir daripada hati yang insaf," katanya.

Kon Yeow dalam saman difailkannya terhadap Kok Ping pada 18 Oktober tahun lalu, mendakwa taikun itu sengaja membuat kenyataan fitnah dalam bahasa Mandarin semasa sidang media untuk menyerang watak, kredibiliti, kecekapan dan keupayaan beliau sebagai ketua menteri dan pengerusi PDC.

Media melaporkan, Kok Ping menyifatkan Kon Yeow sebagai 'tidak cekap, tidak tahu malu dan jahil', selain mendakwa beliau mengelak memberi jawapan berhubung penjualan tanah PDC di Byram yang mencetuskan kontroversi.

Taikun berkenaan, pada sidang media mengenai penjualan tanah seluas 223.6 hektar itu, antara lain turut dipetik menggesa Kon Yeow yang juga Pengerusi PDC, menjelaskan bagaimana proses penjualan tanah terbabit berlaku.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331966/saman-fitnah-isu-jual-tanah-pdc-kon-yeow-menang-taikun-diperintah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.043246 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list