Sarawak Berada Di Kedudukan Ke-13 Asia, Miliki Simpanan Emas Di Bau Bernilai RM24.3 Bilion. Dilaporkan, penemuan 3.3 juta ounce emas di kawasan Bau menjadikan Sarawak berada di kedudukan ke-13 Asia untuk simpanan emas terbesar, dengan nilai anggaran RM24.3 bilion.
Penemuan ini diumumkan pada tahun 2021 oleh Besra Gold Inc. melalui anak syarikatnya, North Borneo Gold Sdn Bhd. Simpanan emas ini telah disahkan mengikut piawaian antarabangsa seperti JORC dan NI 43-101.
Kerajaan Sarawak menjangka Projek Emas Bau mampu menarik pelaburan RM1.38 bilion dan mewujudkan hingga 1,000 peluang pekerjaan. Selain perlombongan, rantaian nilai emas seperti pengeluaran emas halus, pembuatan barang kemas, dan perdagangan emas juga dirancang.
Sarawak juga mempunyai deposit mineral bernilai RM1.25 trilion yang penting untuk sektor tenaga dan pembuatan. Setakat 2023, 667.8 km kawasan telah dikaji, dengan kajian lebih lanjut melibatkan kos RM300 juta.
Dilaporkan juga, untuk merancakkan industri perlombongan, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Perlombongan dan Kuari 2035 (MQMP 2035) dan Polisi Induk Pembangunan Industri Mineral Sarawak, dijangka siap pada 2025.
Pada 2023, sektor perlombongan menyumbang RM1.48 bilion kepada KDNK dan RM8.76 bilion kepada hasil negeri, selain mewujudkan 6,000 pekerjaan. Sarawak juga memfokuskan pelaburan dalam mineral strategik seperti pasir silika dan nadir bumi untuk industri tenaga hijau dan pembuatan.
Oleh itu, kerajaan komited melatih tenaga kerja mahir dalam sektor perlombongan bagi menyokong pertumbuhan industri ini sehingga 2030.
Post time 3-12-2024 04:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kemaruk replied at 3-12-2024 03:59 PM
@edayildiz uols tau tak nape nama tempat tu bau
nama asalnya ialah mau san atau bukit mau.
bau berkaitan dgn kebakaran di mau san( bau lama) dlm thn 1857 dimana beratus ratus perempuan dan kanak kanak mati terbakar atau sesak nafas dlm gua hantu..
Post time 3-12-2024 07:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Daerah meols kabonya hada emas. Tapi penduduk bantah korek sebab dah trauma dengan kampeni Jepon yang lahap abis bijih timah weols dulu pehtu tinggalkan sisa toksik penyebab daerah meols antara daerah paling tinggi Thallasemia ka camna nak eja tu, seluruh tanahair dulu.
Ini di negara seberang. Rakyat drill minyak dan refine minyak mentah sendiri. Tapi hasil sekadar cukup makan sahaja. Terpaksa jual kepada Pertamina pada harga murah. Pemerintah tak mahu beri bantuan.
Post time 3-12-2024 10:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
delsmomm replied at 3-12-2024 04:09 PM
mcmana kaedah melombong emas.. dulu2 pakai kuali tu kann..skrg pakai magnet ke tarik2.. soalan seriu ...
Pakai jengkaut korek tanah yg Ade emas, lpstu letak atas tali sawat eh namanya mcm belt yg berjln tu, atas belt tu Ade air, pastu belt tu akan asingkan emas dari tanah&air. Boleh tgk docuseries gold rush.