View: 48535|Reply: 14
|
Ziarah kubur perlu bayar tiket masuk RM28 menjelang 2025
[Copy link]
|
|
LONDON – Sebuah kawasan perkuburan di United Kingdom mengundang kecaman ramai selepas mengumumkan rancangan untuk mengenakan bayaran sebanyak £5 (RM28) bagi setiap sesi menziarah menjelang 2025, lapor akhbar Metro UK semalam.
Tanah perkuburan itu terletak di Longton, Staffordshire dan telah beroperasi selama 19 tahun.
Pelawat dibenarkan masuk secara percuma bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang (waktu tempatan) dari Isnin ke Jumaat.
Namun, pelawat yang melawat di luar waktu operasi dikehendaki membuat pembelian pas VIP secara ‘one-off’.
Mereka yang mahu menziarahi kubur atau melakukan pembakaran mayat akan dikenakan bayaran £5 (RM28), manakala £10 (RM56) untuk membuat lawatan di taman bunga.
Notis di tanah perkuburan menyatakan: “Mulai Januari 2025, tapak ini akan dilindungi oleh pagar elektrik dan ia akan dibuka atau ditutup secara automatik pada masa yang ditetapkan. Orang ramai dibenarkan masuk menggunakan pas VIP, menjadikan ia lebih selamat untuk kakitangan, keluarga serta pelawat.”
Tindakan itu menimbulkan kemarahan orang ramai, terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan si mati yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.
Seorang pelawat, Jode Bourne berkata: “Sekarang saya perlu membayar yuran keahlian untuk menziarahi kubur ayah saya. Ini satu penghinaan!” – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
apa mahal sgt?? Ada wifi & kitchen ke kubur tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin untuk mengekang budak2 nakal, budak2 jahat daripada terjah masuk tanah perkuburan semata-mata untuk content bodo
|
|
|
|
|
|
|
|
UK ni aku puji sebab muzium dan art gallery dia free tak macam negara2 europe lain e.g. macam France or Belanda semua kena bayar, mahal tapi manusia tetap beratoq. Tapi melawat kubor pulak kena bayar. Macam ni kalau mati di sana bawa balik tanam ja lah. Insuran tak mahal mana pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
£5 mana ada mahal. Fish & Chips pun £12.50
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-11-2024 05:02 PM
£5 mana ada mahal. Fish & Chips pun £12.50
sorang mmg la tak mahal, abes kalau nk ziarah sekeluarga terus jadik mahal..
makan fish n chip takpe, kenyangggg |
|
|
|
|
|
|
|
Convert RM memang la mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-11-2024 05:02 PM
£5 mana ada mahal. Fish & Chips pun £12.50
Entah apa-apa entah makan ikan dengan kentang. Orang makan ikan dengan nasik |
|
|
|
|
|
|
|
khennn... tah apa2 makan ikan dengan roti
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
gi kubur nak buat content |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 24-11-2024 06:49 PM
sedap nampak tu |
|
|
|
|
|
|
|
drg takut ada gi puja kubur minta no ekor kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kubur omputih takde khairat ke?
Ok la tu bayar untuk mentenen fees.
Omputih ni pagi2 krimas ada g melawat kubur ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kundur ada duit tak tu nak bayar kalau mak kawen lain lagi
kundur (bukan nama sebenar) duk uk sinun |
|
|
|
|
|
|
| |
|